Pesona 07 Jan, 2020

HEBATNYA NUR KHAIRUNNISA!! SEINDAH NAMAMU

@samadi ahmad
Experience as a Independent Journalist for 20 year, covering various aspect of the news including politics, business, crimes and specializing in Media Events.

Share this
BENARLAH kata pepatah Kasih Ibu Sepanjang Hayat, Kasih Ayah Semasa Ada, sementara kasih anak terhadap kedua-dua ibu bapa tanpa mengira usia. : KitaReporters.com

 

MUFTI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menemui adik Nur Khairunnisa

Mohammad Haizir bersama ibunya, Nur Suhaida Norwi di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur pada 6 Januari 2020 lalu.


"Bila Nur Khairunnisa sudah berjaya nanti jangan lupa bawak ibu dan ayah jumpa pakcik ye."

Itu antara pesanan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri kepada murid darjah satu,  Nur Khairunnisa Mohammad Haizir, 7, yang membawa ibu dan ayahnya yang buta ke sekolah bagi menunjukkan kelasnya, yang  tular dalam Facebook baru-baru ini.

Pesanan itu disampaikan oleh Dr Zulkifli kepada Nur Khairunnisa ketika menemui murid berkenaan dan keluargĂ nya di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Batu,Kuala Lumpur, yang dikongsi di Instagramnya pada Isnin  (6/1/2020) lalu. 

Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri memberi sedikit sumbangan kepada keluarga adik Nur Hairunnisa Mohammad Haizir.


Dr Zulkifli berkata, beliau tersentuh hati pertama kali bertemu Khairunnisa kerana mempunyai ibu bapa orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan dan mempunyai hikmah kerana dapat membentuk jiwa yang besar terhadap murid berkenaan.

Menurut beliau, usianya langsung tidak menggambarkan kematangan dirinya  membuatkan beliau dan orang lain kagum dengan tindakan dilakukan murid berkenaan.

Katanya,kedua ibu bapanya  pasti berbangga mempunyai anak seperti Nur Khairunnisa kerana anak kecil itu  dianggap tongkat dan mata bagi kedua-dua mereka.

Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri (tengah) di perhatikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur, Ranjini (kiri) ketika menandatangani  buku kehadiran sekolah.


Beliau turut mengucapkan tahniah dan memberi pesanan kepada pihak pengurusan sekolah khususnya kepada Guru Besar, Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Batu, Puan Ranjini kerana terpilih untuk menjalankan amanah mendidik murid terbabit.

"Kami yakin dengan usaha jitu pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan menjadi seperti nama Khairunnisa (sebaik-baik perempuan)," katanya.

Kehadiran Dr Zulkifli itu turut ditemani  Ketua Pegawai Khidmat Sosial Korporat, Pejabat Menteri Besar Selangor Incorporated, Jaafaruddin Md Ali yang turut menyampaikan sumbangan kepada keluargĂ  Nur Khairunnisa.

.

GAMBAR yang menjadi viral dan menarik perhatian netizen... Adik Nur Hairunnisa bersama kedua-dua ibu bapanya.


Kisah Nur Khairunnisa menyentuh hati netizen apabila tindakannya memimpin  kedua-dua ibu bapanya ke sekolah dikongsi  oleh seorang pengguna FB, Nadwa Nasir yang juga seorang guru sewaktu sesi orientasi murid tahun satu baru-baru ini.

Nur Khairunnisa adalah anak tunggal kepada pasangan Mohammad Haizir Zakaria, 36, dan Nur Suhaida Norwi, 30.

Melalui perkongsian menyentuh hati, murid berkenaan memimpin tangan ibu bapanya kerana kedua-dua mereka cacat penglihatan.

Cerita guru berkenaan, sungguhpun kedua-dua ibu bapa murid berkenaan berjalan dengan tongkat dan dipimpin oleh murid perempuan itu, namun si anak tetap gigih menunjukkan lokasi kelas serta beberapa lokasi lain di sekitar sekolah itu. 

Perkongsian di FB itu menyentuh hati ramai netizen termasuk mendapat perhatian dan rasa sebak termasuk mendapat perhatian dari Dr Zulkifli yang datang menemui murid berkenaan.

Sehingga kini posting tersebut, meraih ribuan perkongsian di FB selain dibanjiri dengan ribuan komen netizen.

Rata-ratanya meluahkan rasa sebak mengenangkan betapa tabahnya murid perempuan itu pada kala rakan sebaya yang lain gembira dilayani ibu bapa masing-masing. - KitaReporters.com

Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri bergambar bersama adik Nur Khairunnisa dan warga sekolah Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur.



Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkongsi rasa dalam Instragam selepas bertemu dengan adik Nur Khairunnisa Mohammad Haizir

1
0
0
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago