Pesona 10 Jan, 2020

ANAK OKU: DEMIMU, AYAH TERUS GIGIH BERNIAGA

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

SELAGI namanya manusia kita pasti diuji kerana setiap ujian itu tanda kekuasaan dan tanda sayang-Nya kepada kita. Biarpun pelbagai onak dan duri yang terpaksa dilalui namun, kasih seorang ayah kepada anak tiada tandingan. : KitaReporters.com

ANAK lelakinya sentiasa menjadi peneman setia ketika Dam berniaga di jalanan sekitar bandar Rat Burana, Thailand. - Foto Kredit Wongnai.com


Begitulah yang dilalui seorang lelaki dari Thailand ini yang sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup bersama anak lelaki tunggalnya.

Biarpun Dam atau lebih dikenali sebagai Pakcik Dam ditinggalkan oleh isteri selepas mengetahui anak mereka orang kelainan upaya (OKU), namun tidak mematahkan semangat dia meneruskan kehidupan.

DAM terpaksa menolak kereta sorong bersama bahan jualan sejauh enam kilometer setiap hari.


"Anak lelaki saya dilahirkan secara normal tetapi ketika usianya lapan bulan, dia mula menunjukkan kehilangan upaya fizikal, sekali gus menyebabkan isteri tidak menerima kenyataan anaknya akan menjadi OKU sebelum melarikan diri," ujarnya yang dipetik Wongnai.com.

Peristiwa ini membuatkan Dam terkilan sehingga berniat untuk membunuh diri.

Namun, melihat keadaan anaknya yang semakin cerdik, menyebabkan si ayah nekad mahu membesarkan anak itu walaupun seorang diri.

PERNIAGAAN yang diusahakan adalah semata-mata untuk kelangsungan hidup selain membiayai perubatan anak lelaki tunggalnya.


Demi anak tercinta, dia menguatkan semangatnya untuk mencari rezeki bagi membiayai kos rawatan dan perubatan anaknya yang sering jatuh sakit.

“Saya meneruskan hidup dengan hanya memfokuskan apa yang ada pada masa kini selain mengingatkan diri sendiri untuk sentiasa berasa gembira.

“Kisah lama tidak perlu diungkit kembali dan hanya perlu berusaha mencari kebahagiaan, lagipun masa depan tidak dapat dijangka, jadi janganlah kita terlalu memikirkan tentangnya,” kata Dam lagi. 

DAM melayan peminat setia di warong kecilnya di bandar Rat Burana, Thailand, baru-baru ini.


Bagi meneruskan kehidupan di bandar Rat Burana, Bangkok, Dam terpaksa membawa anaknya ke mana sahaja memandangkan anaknya tidak boleh menguruskan diri.

Situasi tersebut memaksa dia mencari sesuatu pekerjaan yang fleksibel dan tidak terikat dengan sesiapa.

Lalu, Dam mencuba nasib dengan menjual manisan seperti ais kacang atau ABC di kota raya itu.

Setiap hari, dia yang ditemani anak lelakinya akan berjalan kaki sambil menolak kereta tolak yang dipenuhi bahan-bahan untuk menjual ABC miliknya sejauh enam kilometer untuk berniaga di pusat bandar berkenaan.

DAM menyediakan sendiri bahan-bahan untuk dimasukkan dalam ABC yang dijualnya.


Menurut, hasil perniagaan kecil-kecilan itu adalah untuk meneruskan kelangsungan hidup selain membiayai kos perubatan anaknya.

Untuk semangkuk ais kacang yang diisi dengan pelbagai bahan tambahan seperti jagung, cincau, roti, sirap dan susu cuma berharga RM1.30 sahaja! Murah bukan?

SEMANGKUK ABC yang diisi dengan pelbagai bahan tambahan seperti jagung, cincau, roti, sirap dan susu hanya dijual dengan berharga RM1.30 sahaja.


Hebat betul dugaan lelaki ini tapi kasihnya kepada anak dia sanggup melakukan apa sahaja, semoga syurga menunggumu nanti wahai ayah! - KitaReporter.Com

 

7
1
7
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago