Komik & Kartun 14 Jan, 2024

Hebat kau dik! Ayah hantar anak 6 tahun ke kelas piano! Tapi Ekramah suka lukis kartun dan origami!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Dalam satu grup Facebook (Lukis) seorang lelaki membuat hantaran mengenai anaknya yang berusia enam tahun yang gemar melukis kartun. Dia bertanyakan pendapat ahli grup mengenai mutu lukisan yang dihasilkan oleh anaknya itu.

Persoalan itu diajukan kerana dia hairan bakat anaknya itu bertentangan dengan apa yang diajari. 

Menurutnya, oleh kerana dia seorang pemuzik, dia menghantar anaknya ke kelas piano. Namun, lain terjadi apabila anaknya lebih cenderung kepada seni lukis berbanding muzik.



“Assalamualaikum tumpang lalu admin. Maaf banyak gambar naik. Tapi saya nak tanya semua yang hebat di sini tentang anak saya umur enam tahun (tadika) dah melukis macam ni.

“Adakah lukisan dia ni bagus atau biasa-biasa sahaja? Sebab saya seorang pemuzik. Setiap minggu saya hantar anak ke kelas piano. 

"Tetapi yang dia gilakan adalah pensel dan kertas A4. Jadi saya selalu lihat perangainya setiap hari sebelum tidur, dia akan melukis kartun-kartun yang dia suka dan juga akan buat macam-macam origami. 

“Tapi biasalah, mana-mana origami yang tak jadi, air matanya akan meleleh (menangis). Saya yang pening! Jadi, adakah patut saya biarkan dia terus melukis dengan menghantar ke kelas melukis dan sebagainya? Terima kasih banyak beri pendapat,” tulisnya.



Rata-rata netizen yang melihat lukisan tersebut kagum kerana ia hasil karya seorang anak kecil berusia enam tahun. Malah, ramai juga yang menyarankan agar tidak dihalang minat dan bakat anak tersebut.

“Wassalam Ikut sahaja apa yang dia minat. Jangan paksa dia terlalu belajar pelajaran lain. Dia masih kecil, melukis pun bagus juga.

"Dia pandai melukis. Power dah tu kalau umur enam tahun. Mana tahu besar nanti jadi pelukis kartun terkenal atau pelukis pelan terkenal. Allahualam,” komen seorang netizen. 



Justeru, bagi mendapatkan penjelasan dan gambaran lebih tepat, KitaReporters telah menghubungi lelaki berkenaan yang bernama Zaiful Azizi Abdul Rahman, 40. 

Zaiful merupakan seorang busker atau pemuzik jalanan dan menetap di Klang, Selangor.

Menurut Zaiful, dia mempunyai tiga orang anak berusia satu hingga tujuh tahun. Anaknya yang mempunyai bakat melukis adalah anak sulung, bernama Ekramah yang kini berusia tujuh tahun. 

Jelas Zaiful, dia dan isteri, Siti Aishah Shahid, 28, mula menyedari bakat Ekramah itu ketika anaknya berusia empat tahun.



“Saya dan isteri mula menyedari dia pandai melukis ketika berusia empat tahun. Ekramah gemar melukis kartun-kartun anime seperti Chainsaw dan juga Pokemon,” katanya.

Walaupun lain yang diharapkan, Zaiful tiada masalah dan sentiasa menyokong minat dan bakat anaknya itu. 

Dia merancang untuk menghantar Ekramah ke kelas melukis dan menggilap lagi bakat dengan menyertai mana-mana program atau pertandingan melukis.



“Saya merancang untuk hantarnya ke kelas melukis dan akan ketengahkan bakat dia dengan menyertai mana-mana program atau pertandingan melukis. Sebelum ini saya memang tidak pernah berbuat demikian kerana masih keliru dengan bakat yang ada padanya,” ujarnya.

Semoga bakat adik Ekramah dipupuk dengan baik. Mana tahu satu hari nanti jadi pelukis kartun atau kartunis terkenal. Maklumlah, industri animasi di Malaysia makin ke depan dan berkembang. - KitaReporters



24
15
0
10
0
You will be interested

Kartun Sembang Sumbang| Apa punya penyokong da! Datang stadium bukan nak menyokong! Tapi mengutuk!

Kartun Sembang Sumbang| Apa punya penyokong da! Datang stadium bukan nak menyokong! Tapi mengutuk!

Rodly Fadly in Komik & Kartun 2 years ago

Tahniah Animas, Pekomik! Cipta rekod Malaysia! Melukis Komik Secara Langsung 24 Jam Tanpa Henti!

Satu perhimpunan pengkarya atau pengiat seni lukis kartun komik dan animasi bergabung tenaga bagi jayakan misi Melukis Komik Secara Langsung 24 Jam Tanpa Henti
Amil Abdullah Saiby in Komik & Kartun 2 years ago

Kartun Sembang Sumbang| Idea majukan perniagaan! Hati-hati konten viral! Nak bantu jadi nak bunuh!

Kartun Sembang Sumbang| Idea majukan perniagaan! Hati-hati konten viral! Nak bantu jadi nak bunuh!
Rodly Fadly in Komik & Kartun 2 years ago

Kartun Pak Andih & Mak Andih| Hujan dah turun! Angkat kain di jemuran! Kan suruh tengok-tengok je?

Kartun Pak Andih & Mak Andih| Hujan dah turun! Angkat kain di jemuran! Kan suruh tengok-tengok je?
Rodly Fadly in Komik & Kartun 2 years ago