Komik & Kartun 31 Aug, 2022

Tahniah Animas, Pekomik! Cipta rekod Malaysia! Melukis Komik Secara Langsung 24 Jam Tanpa Henti!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Peserta-peserta memegang komik masing-masing ketika mengambil bahagian dalam program  ‘Melukis Komik Secara Langsung 24 Jam Tanpa Henti’ di Pusat Beli-belah Summit USJ, Subang Jaya, Selangor pada 21 Ogos 2022. - Kredit foto: FB Anifest Malaysia


BUKTI sijil Malaysia Book of Record (MBOR) ditunjukkan oleh seorang peserta yang terlibat dalam program ‘Melukis Komik Secara Langsung 24 Jam Tanpa Henti’. - Kredit foto: FB Anifest Malaysia.


KOMIK kartun satu ketika dahulu begitu popular dan amat digemari generasi muda sekitar tahun 70-an, 80-an dan 90-an sebagai bahan tatapan bacaan ringan, santai dan menghiburkan.

Majalah-majalah komik yang dianggap legend seperti Gila-gila yang diterbitkan pada tahun 1978, Geli Hati (1978), Lat The Kampung Boy (1979), Ujang (1994), Rileks (1997), Gempak (1998), Apo? (1998), Utopia (2002) dan Lawak Kampus (2004) sentiasa mendapat tempat di hati para peminat-peminat tegar.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan komik dan kartun

Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (dua dari kanan) beramah mesra dengan para peserta COMIX 2022 di Pusat Beli-belah Summit USJ, Subang Jaya, Selangor. - Kredit foto: FB Anifest Malaysia


Antara komik-komik yang dihasilkan oleh para kartunis tempatan. - Kredit foto: FB Anifest Malaysia


Namun, pada hari ini suasana sudah berubah dan nasib serta masa depan pengkarya-pengkarya komik (kartun) kini agak suram dan industri komik tanah air pula semakin lesu dengan kehadiran pelbagai teknologi Internet dan komputer (permainan komputer) terkini.  

Tanggal 21 Ogos 2022, tercatat dalam Malaysia Book of Record (MBOR) apabila berlangsungnya satu perhimpunan pengkarya-pengkarya atau pengiat-pengiat seni lukis kartun komik dan animasi bergabung tenaga bagi menjayakan satu misi bersama berentap ‘Melukis Komik Secara Langsung 24 Jam Tanpa Henti’ bertempat di Pusat Beli-belah Summit USJ, Subang Jaya, Selangor.

Program tersebut merupakan sempena Ekspo Komik dan Kolektor Tempatan (COMIX 2022) yang bermula sejak 19 Ogos hingga 21 Ogos 2022 di pusat beli-belah tersebut.


Salah satu karikatur yang perlu disiapkan oleh peserta ini- Kredit foto: FB Anifest Malaysia.


Lakaran pensil atau lakaran artistik amat penting untuk menimbulkan subjek dalam lukisan karikatur kartun editorial. - Kredit foto: FB Anifest Malaysia


Persatuan Animasi Malaysia (Animas) dan Persatuan Penggiat Komik Malaysia (Pekomik) turut mendapat sokongan, kerjasama dan penajaan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Selangor serta Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia.

Animas dalam satu kenyataan memberitahu, program selama tiga hari itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti pameran pendidikan, diodrama, pertandingan melukis ‘doodle’, Busana Adiwira, pelancaran komik baharu, naskah komik dan produk koleksi karya kartun.

Majlis pembukaan rasmi COMIX 2022 disempurnakan oleh Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian. - KitaReporters



Pelbagai gelagat peserta-peserta dapat dilihat ketika mereka sibuk menyiapkan karikatur selebriti 'Pak Karim' di Ekspo Komik dan Kolektor Tempatan (COMIX 2022). - Kredit foto: FB Anifest Malaysia


Pertandingan  ‘Doodle’ turut menjadi salah satu tarikan pengunjung-pengunjung di COMIX 2022. - Kredit foto: FB Anifest Malaysia.


Sumber:

FB Anifest Malaysia

14
12
0
15
0
You will be interested