BAGI ibu bapa yang pertama kali berpisah dengan anak ketika menghantar anak ke asrama pasti ada ‘drama’ air mata. Tapi ini pula terpaksa melepaskan anak bongsu dibawa ke hospital setelah disahkan positif COVID-19, pasti perasaan meruntun jiwa bagi keluarga terdekat terutama ibu bapa. : KitaReporters
Foto cekupan skrin dari video FB @Mohd Noorkhezan Bin Hamid (https://www.facebook.com/mohd.n.hamid.7)
Terbaharu, tular dalam media sosial seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Kluang, Johor didapati positif COVID -19 dan perlu dibawa ke hospital menggunakan ambulans kira-kira 10.30 malam pada Sabtu, 28 Mac 2020.
Video berdurasi seminit minit 34 saat itu yang menunjukkan Nuha Syazwan Sakiban dibawa menaiki ambulans sambil diiringi ahli keluarganya di luar rumah mereka di Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang tular dalam media sosial, pada Ahad, 29 Mac 2020.
Dalam video berkenaan, Nuha Syazwan yang memakai baju-T berwarna merah dengan lengkap memakai penutup mulut dilihat membawa beg bersama sebuah bakul sambil ditemani seorang wanita yang berkemungkinan ibunya sendiri.
Manakala di
hadapan rumahnya pula sebuah ambulans bersama kakitangan telah bersedia menanti untuk
membawanya ke Hospital Kluang untuk rawatan lanjut.
Malah turut
kedengaran suara seorang wanita yang menasihati supaya menjaga diri sepanjang
di hospital.
Allahuakhbar
sayunya!
Ibu mana
sanggup melepaskan anaknya pergi yang belum tentu akan kepulangannya nanti.
Ya Allah... Lindungi anak itu kurniakan kesembuhan untuknya…
Malah,
kelihatan Nuha Syazwan turut melambai tangan dan mengesat air mata ke arah ahli keluarga ketika berada di
dalam ambulans berkenaan.
Nuha Syazwan disahkan positif selepas dipercayai pergi ke masjid berhampiran rumahnya untuk
menunaikan solat Jumaat beberapa minggu lalu dan menghadiri kenduri di kampung
berdekatan.
Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, bapanya, Sakiban Ahmad Kadari memberitahu, empat hari lalu, ada beberapa kakitangan daripada pejabat kesihatan daerah datang ke rumahnya untuk melakukan pemeriksaan dan bertanyakan ahli keluarga yang mempunyai simptom virus berkenaan.
Menurutnya,
dia tidak menyangka anaknya itu dijangkiti virus berkenaan kerana Nuha Syazwan
hanya mengalami batuk biasa selain tidak demam dan sesak nafas.
“Secara jujurnya saya sendiri tidak tahu macam mana dia boleh dijangkiti virus berkenaan.
"Apa yang saya tahu, dia ada pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat pada 6 Mac (2020) dan pergi kenduri pada 14 Mac (2020) lalu,” katanya. - KitaReporter