Insan & Komuniti 09 Apr, 2021

Berita Terkini| Peraduan JomPay and Win! Tawar hadiah menarik hingga RM60,000 kepada peminjam!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

PROGRAM yang dilaksanakan bagi menggalak peminjam membuat bayaran balik melalui dalam talian. - Kredit Foto freemalaysiatoday.com


PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan hadiah hingga RM60,000 kepada semua peminjam menerusi peraduan JomPay and Win (JomPay dan Menang).

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, program itu dilaksanakan bagi menggalakkan peminjam PTPTN membuat pembayaran balik pinjaman melalui saluran dalam talian JomPay selain terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman melalui saluran dalam talian JomPay.

“Program yang telah diadakan pada 1 November 2020 sehingga 31 Januari 2021 lalu merupakan kolaborasi pihaknya dengan AmBank bersama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

“Peminjam hanya perlu membuat bayaran balik dengan nilai minimum RM100 untuk melayakkan mereka mendapat satu cabutan peraduan,” ujarnya dalam satu kenyataan media di Kuala Lumpur pada Jumaat, 9 April 2021.

Katanya, hadiah yang ditawarkan adalah tajaan sepenuhnya daripada pihak PayNet dan peminjam berpeluang menerima hadiah lumayan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM60,000 untuk 65 pemenang.

“Pemenang pertama berpeluang membawa pulang hadiah bernilai RM10,000, manakala tempat kedua RM8,000 dan tempat ketiga RM5,000, selain tempat keempat RM4,000 dan tempat kelima adalah RM3,000. Bagi hadiah pemenang saguhati pula adalah bernilai RM500 untuk setiap 60 pemenang,” ujarnya.

Sepanjang Peraduan JomPay and Win yang bermula 1 November 2020 sehingga 31 Januari 2021 lalu seramai 179,871 peminjam telah melaksanakan bayaran balik pinjaman PTPTN melalui saluran JomPAY dan melibatkan jumlah keseluruhan bayaran yang diterima melalui saluran JomPay adalah berjumlah RM48.8 juta. - KitaReporters


 

PEMENANG berpeluang membawa pulang hadiah bernilai RM10,000 bagi pemenang pertama. Kredit Foto Wilayahku

0
0
0
0
0
You will be interested