Produk & Promosi 07 Sep, 2023

MPAJ anjur Hari Tanpa Kenderaan sempena Hari Malaysia! 10 Sept 2023! Hadiah menarik RM15k menanti!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Bagi menyemarakan sambutan Hari Malaysia 2023, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan adakan Hari Tanpa Kenderaan (HTK) pada 10 September 2023 bertempat Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, Selangor. 

Lebih menarik adalah hadiah cabutan bertuah disediakan kepada orang ramai dengan nilai keseluruhannya berjumlah RM15,000. 

Orang ramai terutama penduduk di di bawah pentadbiran MPAJ dan sekitar dengannya harus mengambil peluang ini kerana bukan sahaja pelbagai aktiviti menarik diadakan malahan jika bertuah boleh bawa pulang basikal lipat, Smart TV 50 inci dan barangan elektrik. 



Antara aktiviti yang boleh disertai adalah kayuhan santai sejauh 22km sempena ulang tahun MPAJ ke-31, pertandingan mewarna buat kanak-kanak berusia enam sehingga 12 tahun yang menawarkan hadiah buat para pemenang dan pelbagai aktiviti menarik lagi disediakan. 

Buat warga emas, aktiviti jalan santai sejauh 3km dan 300 peserta terawal akan menerima t-shirt serta makanan percuma. 

Bukan itu sahaja, orang ramai juga boleh melihat pameran daripada agensi pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat terkini dan melihat secara dekat badan unit beruniform itu. 

Antara agensi yang akan terlibat adalah Polis Diraja Malaysia, Askar Wataniah serta Bomba Pandan Indah. 

Jika ada rasa kurang sihat atau ingin mendapatkan nasihat pakar berkenaan kesihatan, Hospital KPJ Ampang Puteri turut ada di acara tersebut dan orang ramai boleh hadir untuk pemeriksaan kesihatan secara percuma. 

Bagi sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai HTK MPAJ, hubungi Az melalui talian 019-2214069 atau http://www.wasap.my/60192214069. - KitaReporters


Aktiviti untuk warga emas turut disediakan. Berjalan sambil menyihatkan badan. 

15
9
0
11
0
You will be interested