PENGGUNAAN mangkuk tingkat untuk mengirim makanan atau membawa bekal makanan merupakan warisan sepanjang zaman yang sudah menjadi tradisi sejak lebih 100 tahun dahulu.
Budaya kiriman makanan dalam mangkuk tingkat atau ‘tiffin’ ini dikatakan bermula apabila British membawa masuk budaya itu ke Tanah Melayu dari India pada sekitar abad ke-19.
Sehingga kini, budaya yang menjadi simbol kepada semangat persaudaraan dan tanda ingatan itu masih diamalkan oleh sesetengah pihak walaupun tidak serancak dahulu.
Evolusi mangkuk tingkat daripada jenis besi kepada bekas makanan plastik yang lebih efektif memudahkan ia untuk digunakan secara harian.
Kebiasaannya, ciri-ciri mangkuk tingkat ini mempunyai dua dan tiga tingkat dan kini menjadi nostalgia untuk ramai orang yang pernah membesar dengannya.
Sempena bulan Ramadan ini, Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro) melalui anak syarikatnya, Kopetro Catering memberi anda peluang mengimbau nostalgia melalui Set Mangkuk Tingkat dengan menu-menu yang boleh dinikmati bersama ketika berbuka puasa.
Sampaikan Set Mangkuk Tingkat yang dilengkapi juadah berbuka puasa enak kepada pekerja atau klien anda dengan harga RM88 sahaja.
Terdapat beberapa variasi menu yang boleh dipilih dan diubah suai mengikut selera anda.
Menu pertama yang penuh berkhasiat dilengkapi nasi putih, udang masak lemak, ayam masak merah, sayur campur, buah dan kurma, yang disediakan dalam set tiffin menarik dan air mineral sebagai minuman.
Menu pilihan kedua pula adalah nasi putih, daging masak hitam, ayam goreng berempah, acar rampai, buah dan kurma di dalam set tiffin beserta air mineral.
Pilihan juadah menu ke-3 yang boleh dinikmati melalui Set Mangkuk Tingkat ini dilengkapi nasi beriani, rendang ayam, kari kambing, acar rampai, buah dan kurma, juga dalam set tiffin berkualiti selain air mineral.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kopetro, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, Set Mangkuk Tingkat daripada Kopetro Catering ini boleh dinikmati sendiri atau dihadiahkan kepada rakan perniagaan sebagai tanda ingatan dan mengukuhkan hubungan perniagaan.
“Kopetro membuka peluang kepada masyarakat atau mana-mana sektor korporat yang ingin mengeratkan silaturahim dengan menyampaikan juadah berbuka puasa dalam bentuk Set Mangkuk Tingkat ini. Tradisi yang menjadi simbol kepada semangat persaudaraan ini jelas mendatangkan pelbagai manfaat dan harus dikembalikan untuk memupuk generasi akan datang,” ujar Ahmad Shakir.
Orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan Set Mangkuk Tingkat atau mendapatkan butiran lanjut boleh menghubungi talian 03-21613516 atau 012-3236519. Selain itu, anda juga boleh menghantar emel ke [email protected] sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan. - KitaReporters/Kenyataan Media