Produk & Promosi 22 Jul, 2023

Siri Honor 90 dilancarkan! Honor 90 5G dan Honor 90 Lite 5G! Hadiah menarik menanti 22 Julai 2023!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Selepas beberapa bulan berkongsi teaser dan membuat peminat seluruh dunia ternanti-nanti, Siri Honor 90 akhirnya dilancarkan, dengan harga bermula pada RM1,099. 

Ia menetapkan satu penanda aras baharu dalam fotografi telefon pintar dan perlindungan mata – dengan tiga spesifikasi berbeza dan pelbagai ciri-ciri termaju yang menyeronokkan. 

Honor terus berusaha dengan lebih gigih lagi bagi memberi pengguna pengalaman yang luar biasa. 

Sempena pelancaran ini, Honor menawarkan promosi menarik!

Siri Honor 90 sedia untuk dimiliki bermula 22 Julai 2023 ini, jadi jangan lepaskan peluang menjadi antara yang terawal kerana Honor menawarkan kredit e-Wallet sehingga RM150 hanya kepada pelanggan yang membeli Siri Honor 90 pada 22 Julai 2023.

Catatkan tarikh penting ini dan miliki siri Honor 90 kegemaran anda! 



Honor 90 5G – Kamera Super Sensing 200MP Terbaik Dalam Kelas Tersendiri dan Perlindungan Mata Dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko Pertama Dunia

Telefon pintar flagship Honor 90 5G dimegahkan oleh Kamera Super Sensing 200MP dan Kamera Depan Super Clear 50MP, membawa revolusi baharu dalam fotografi telefon pintar dengan kejelasan dan butiran yang tiada tandingan. 

Kamera Super Sensing 200MP hadir dengan sensor 1/1.4 inci yang menghasilkan foto HDR (high dynamic range) yang terbaik dan terperinci, sama ada ketika suasana cahaya terang atau rendah. 

Menampilkan Kamera Depan Super Clear 50MP, Honor 90 5G mampu merakam swafoto dengan kejelasan yang mengagumkan. 

Selain kehebatan kamera, Honor 90 5G juga memperkenal teknologi Perlindungan Mata dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko yang pertama di dunia, menyediakan pengalaman paparan bebas kerlipan kepada pengguna sekali gus dapat mengurangkan masalah ketegangan mata dan membuatkan mata lebih selesa. 

Ciri-ciri keselesaan mata yang pertama dalam industri ini telah menerima Pensijilan TUV Rheinland Flicker Free yang menyokong frekuensi PWM tertinggi dalam industri iaitu 3840Hz, yang secara efektif dapat mengurangkan masalah ketegangan mata kepada pengguna apabila cahaya ditetapkan pada tahap rendah. 

Paparan Honor 90 5G juga memiliki ciri-ciri Pemalapan Dinamik yang menghasilkan cahaya semula jadi dan mengatasi masalah keletihan mata, begitu juga dengan teknologi Paparan Malam Sirkadia Honor yang menapis cahaya biru dan menggalakkan penghasilan hormon melatonin sekali gus dapat memperbaiki kualiti tidur pengguna pada waktu malam.

Honor 90 5G juga menawarkan pilihan ruang penstoran sehingga 512GB dan dikuasakan oleh Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition untuk prestasi lebih lancar. 

Mendapat perhatian ramai pakar teknologi seluruh dunia, Honor 90 5G sering disebut-sebut bakal menjadi satu penanda aras baharu bagi perlindungan skrin, sekali gus mengukuhkan bukti komitmen Honor terhadap keselamatan dan keselesaan pengguna.

Honor 90 tersedia dalam warna Diamond Silver, Peacock Blue dan Emerald Green, dengan dua pilihan 12GB+256GB and 12GB+512GB pada harga masing-masing RM1,799 dan RM2,099. 

Untuk pembelian Honor 90 5G yang diidami ramai, Honor berbesar hati untuk menawarkan hadiah menarik bernilai sehingga RM647 sebagai tanda penghargaan ke atas sokongan pengguna! 

Bukan itu sahaja, pembelian pada 22 Julai 2023 juga akan menerima RM150 yang akan dimasukkan ke dalam e-Wallet di kedai terpilih!



Honor 90 Lite 5G – Peneman Setia

Bagi pengguna yang mencari harga mampu milik tanpa berkompromi dengan kehebatan ciri-ciri sedia ada, Honor 90 Lite merupakan pilihan terbaik. 

Mempunyai Kamera Ultra 100MP yang hebat, paparan 6.7 inci yang mengagumkan dengan ciri-ciri keselesaan mata, dan memori tambahan 8GB dengan penstoran 256GB. 

Memiliki gaya menarik dan keupayaan yang mengagumkan, Honor 90 5G pastinya dapat menawan hati peminat teknologi dan fotografi, serta mampu merakam apa jua keadaan sama ada foto landskap yang menarik atau swafoto yang menawan.

Honor 90 Lite hadir dengan warna Cyan Lake atau Midnight Black pada harga RM1,099. 

Bagi peminat Honor 90 Lite, tentu tidak akan ketinggalan! Honor menyediakan pelbagai hadiah menarik secara percuma bernilai RM258 eksklusif kepada pengguna. 

Bahkan juga akan menerima tambahan kredit e-Wallet bernilai RM50 sekiranya anda membuat pembelian pada 22 Julai 2023 di kedai terpilih! - KitaReporters/Kenyataan Media


9
17
0
10
0
You will be interested