Produk & Promosi 22 Jan, 2024

Jom ramai-ramai gi Terengganu! 62 acara pelancongan dan kebudayaan menanti! Termasuk 12 acara ikonik!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


JABATAN Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu menyenaraikan sebanyak 62 acara pelancongan dan kebudayaan yang meliputi seluruh segmentasi dalam Kalendar Pelancongan dan Kebudayaan (COE 2024) Terengganu. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris berkata penyenaraian COE 2024 itu telah mengambil kira semua elemen, antaranya kekuatan dan impak penganjuran acara tersebut dalam usaha menarik minat pengunjung malah sumbangan terhadap sosioekonomi rakyat negeri.



"Ia turut mengandungi 12 acara ikonik dan setiap acara yang dibuat akan menampilkan keunikannya tersendiri.

"Budaya dan warisan menjadi antara lima kluster utama pelancongan yang diberi fokus oleh Terengganu sebagai usaha mempromosikan sektor pelancongan negeri," ujarnya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Kalendar Pelancongan dan Kebudayaan Negeri (COE 2024) di KTCC Mall, Kuala Terengganu pada 20 Januari 2024.



Antara acara ikonik yang akan berlangsung di Terengganu adalah Karnival Beautiful Terengganu (23-24 Februari), Pelita Raya Terengganu (19-23 Mac), Jaguh Ngail Terengganu (April), Festival Candat Sotong (18-19 Mei), Kenyir Geopark Eco-Fest (29 Mei- 1 Jun) Terengganu International Bike Week (28-30 Jun), Karnival Pantai Terengganu (Ogos), Kejohanan Tour Gateh D'Tranung (September), Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan (24-27 Oktober), 4x4 Rainforest Challenge dan dan International Monsoon Casting Tournament (Disember).



Tambah Razali, Senandung Terengganu, Gema Gemalai Gamelan Melayu membuka tirai acara COE 2024 dan turut disenaraikan sebagai acara utama dalam 12 acara ikonik yang akan diadakan sepanjang tahun itu.

Berlangsung selama dua hari, program yang diadakan di KTCC Mall bermula 19 Januari hingga 20 Januari 2024 itu mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak, termasuk Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Perikanan Negeri, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri, Lembaga Muzium Negeri, dan pelbagai agensi lain.

Pelbagai pengisian program seperti permainan rakyat, pertandingan mewarna, klinik gamelan, pameran kostum gamelan, program penggalakan penyu Terengganu, demonstrasi kebudayaan, persembahan flash mob gamelan, persembahan kertuk ulu, dikir hulu dan banyak lagi disajikan kepada pengunjung. - KitaReporters


Antara persembahan kebudayaan Terengganu pada  Senandung Terengganu, Gema Gemalai Gamelan Melayu. 

17
13
1
15
1
You will be interested