Produk & Promosi 03 Oct, 2019

RAHSIA GAMBAR SWAFOTO SITI NURHALIZA JADI CANTIK-CANTIK

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this
"SUDAH lama sebenarnya Siti menunggu telefon terbaharu V17 Pro ini ketika mula-mula membuat penggambaran untuk iklannya. Hati tertanya-tanya bila agaknya boleh guna  dan alhamdullilah Siti dah pun dapatkannya." 


Siti Nurhaliza bersama Mike Xu (kanan), Priscilla Abby dan Raymond Teoh pada majlis pelancaran Vivo V17 Pro baru-baru ini.


Begitulah tutur bicara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin ketika ditemui pada majlis pelancaran telefon pintar terbaharu dari Vivo Malaysia, V17 Pro di sebuah hotel terkemuka baru-baru ini.

Pelancarannya turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia,  Mike Xu; penyanyi Priscilla Abby; dan Pakar Produk VIvo Malaysia, Raymond Teoh.

Apa penyebab penyanyi nombor satu negara ini yang sudah lebih 5 tahun terikat sebagai duta bersama jenama Vivo meminati V17 Pro berbanding model terdahulu?

Foto dari IG Tok Ti @ctdk


"Seperti yang semua sedia maklum, Siti suka berselfie dan sering 'update' kegiatan harian dalam sosial media terutama Instagram. Vivo V17 Pro ini banyak membantu Siti merakamkan gambar cantik kerana mempunyai 6 kamera sekali gus," ujar  Siti.

Jelasnya, dengan dua kamera 'terangkat 32MP + 8MP sudut ultra lebar yang dikhaskan untuk swafoto ditambah pula dengan kamera utamanya yang menampilkan kuad-lensa gabungan 48MP + 8MP ultra sudut lebar + 2 MP makro +2 MP sensor kedalaman, beliau tidak perlu bergerak untuk mencari sudut terbaik. 

"Memang terbaiklah dan amat membantu Siti pada bila-bila masa yang perlu malah dengan 8MP ultra sudut lebar itu Siti boleh memasukkan ramai di dalam satu frame sehingga 105 darjah tanpa perlu mengundur," tambah Siti yang turut mendapati ciri Super Night Mode memudahkannya mengambil gambar pada waktu malam dengan terang.

DI samping itu, penyanyi yang sering disapa sebagai 'Tok Ti' ini  juga teruja dengan  ciri 'Pose Master' yang membantu beliau mendapatkan gaya menarik  sepadan dengan suasana latar tempat foto dirakam.

Itu antara ciri kesukaan plantun lagu 'Anta Permana' ini tetapi bagi anak-anak muda  yang gemar 'gaming' sudah tentu tertarik kepada pengisian teknologi pecutan Multi-Turbonya sekali gus dapat memberikan mereka menikmati prestasi permainan yang lebih menggembirakan.

Ditambah pula dengan adanya ciri Game Center ia membolehkan pengguna menyemak prestasi telefon dengan pantas untuk memastikan pengalaman bermain tidak terganggu.

Terdapat juga voice changer yang boleh menyuntik rasa keseronokan yang berganda memandangkan ia  mampu menghasilkan pelbagai suara bagi menyamai watak-watak permainan.

Sehubungan itu juga, V17 Pro disokong oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 675AIE bersama storan 128 GB dengan RAM 8 GB bagi memastikan  prestasi untuk aplikasi dan sistem boleh dikendalikan dengan lancar pada bila-bila masa.

V17 Pro disokong dengan dwi-SIM nano, tanpa slot kad microSD.5  serta bateri tahan lama sebesar 410 mAh yang dilengkapi Dual Engine Fast Charging 18 W menjadikan pengecasan lebih pantas dan selamat.

Selain itu, telefon pintar Super AMOLED berskrin saiz 6.44 inci ini mempunyai sembilan lapis pelindung bagi melindungi bateri ketika sedang dicas serta menapis kira-kira 61 peratus cahaya biru berbanding dengan produk VIvo lain, sekali gus dapat melindungi mata ketika melihat skrin pada tempoh lama.

 

Seperti  telefon pintar lain yang mempunyai teknologi pengimbas jari, Vivo V17 Pro ini tidak terkecuali.

Teknologi pengimbas jari pada skrin yang terdapat pada telefon pintar ini sudah dioptimumkan untuk memberi pengalaman membuka telefon pintar dengan kecepatan hanya 0.39 saat.

Pendekata, dengan ciri-ciri tersebut apa lagi yang mampu menolakkan keinginan anda untuk mendapatkan Vivo V17 Pro apatah lagi ia mampu beli dengan harga cuma RM1,699.

Yang menyeronokkan seperti kata Tok Ti, tentulah pengisian 6 kamera pada sebuah telefon pintar,  Jadi bolehlah anda merakamkan gambar menetapi slogannya 'Shoot Beyond Limits"  atau dalam bahasa kasarnya berbunyi 'mengambil gambar melepasi sempadan' gitu!

Peranti ini didatangkan dengan hanya  dua warna pilihan iaitu Knight Black dan Crystal White dan  boleh diperoleh bermula 5 Oktober 2019.

Bagi yang ingin mendapatkan spesifikasi secara lebih terperinci boleh melayari www.vivo.com.

0
0
0
0
0
You will be interested