Produk & Promosi 18 Nov, 2023

Lima bintang tapi harga Rahmah! Rawatan kecantikan di Lisyara Beauty Spa! Khusus untuk Muslimah!

@roslan ibrahim
Meminati penulisan sejak di bangku sekolah. Selepas STPM, menyambung pengajian dalam bidang komunikasi massa di UiTM. Menjalani latihan praktikal di Utusan Malaysia selama 6 bulan, Wartawan Mingguan Kota, Majalah Ibu, Berita Harian dan Harian Metro. Selepas berhenti dari HM, menyertai NGO, Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST) dan IKRAM. Kini bersama KitaReporter sejak September 2023. E-mel: [email protected]

Share this

Zaharah Sastero akan melayan setiap pelanggan dengan mesra dan memberi penerangan jelas kepada mereka yang datang ke pusat kecantikannya.


BELIAU membabitkan diri dalam bidang kecantikan dan spa sejak berusia 18 tahun, pernah bekerja dengan bos Cina dan Melayu sebelum mengambil keputusan membuka pusat spa sendiri selepas yakin dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kecantikan.

Pembukaan Lisyara Beauty Spa di Bandat Baru Bangi, Selangor bertitik tolak daripada keinginan pemiliknya, Zaharah Sastero, mahu memberi perkhidmatan kepada wanita Muslimah terutama golongan kurang berkemampuan kerana mereka juga mahu menjadi cantik.

Zaharah yang berkahwin dan mempunyai sepasang anak mengakui Lisyara lahir hasil gabungan tiga nama iaitu suaminya Sajali Sab, anak perempuan, Syamimi dan namanya Zaharah.


Lisyara Beauty Spa menyediakan pakej lima bintang bagi memberikan rawatan yang terbaik kepada pelanggan.


Nama itu memberi tuah kerana sejak dibuka di Bandar Baru Bangi, Selangor kira-kira sembilan tahun lalu, sambutan orang ramai amat memuaskan walaupun terpaksa bersaing dengan pusat kecantikan dan spa lain.

"Awal pembukaan Lisyara, sambutan agak perlahan kerana orang ramai belum tahu mengenai pusat kecantikan dan spa ini tapi alhamdulillah selepas setahun ramai yang datang untuk mendapatkan rawatan kecantikan di sini.

"Saya menyediakan semua jenis rawatan kecantikan, dari hujung kaki hingga hujung rambut termasuk urutan, membuang ketuat dan kutil malah pelanggan saya terdiri daripada pelbagai lapisan umur, kanak-kanak pun ada terutama yang mengalami masalah jerawat dan kelemumur," katanya.  


Zaharah mengutamakan kepuasan pelanggan dan sanggup memberi rawatan sendiri walaupun bergelar bos.


Menurutnya, walaupun Lisyara menyediakan perkhidmatan spa dan kecantikan bertaraf lima bintang tapi harga yang diberikan kepada pelanggan lebih murah berbanding pusat spa lain di pasaran.

"Saya mahu semua wanita terutama yang kurang berkemampuan boleh mendapatkan rawatan kecantikan dan menikmati segala kemudahan di pusat spa itu.

"Bohonglah jika saya kata tidak mahu keuntungan tapi saya juga mahu memberi balik keuntungan melalui bersedekah, biarlah untung sedikit tapi berkat terutama doa daripada pelanggan saya.


Jakuzi mandian bunga segar turut disediakan di Lisyara Beauty Spa.


"Saya sudah lama memperkenal harga Rahmah dalam pakej perkhidmatan spa dan kecantikan. Contohnya pakej yang dulunya berharga lebih RM300, kini hanya antara RM99 hingga RM169.

"Selain itu, saya selalu menawarkan pakej kombo dan tawaran istimewa diskaun 50 peratus terutama pelanggan yang menyambut hari jadi, Hari Ibu, akhir tahun dan musim perayaan. Ini dilakukan bagi menghargai pelanggan yang menyokong Lisyara selama ini," katanya. 

Bagi meningkatkan ilmu dalam bidang kecantikan, Zaharah selalu mengambil kursus jangka pendek untuk mendalami bidang kecantikan kerana keinginan dan kehendak pelanggan sentiasa berubah-ubah selain menyediakan pakej yang lebih baik berbanding pesaing.


Pelanggan Lisyara Beauty Spa terdiri daripada pelbagai lapisan umur termasuk kanak-kanak.


"Lisyara adalah satu-satunya pusat kecantikan dan spa yang khusus untuk Muslimah malah kami mematuhi piawaian syariah, jadi pelanggan boleh datang untuk mendapatkan rawatan tanpa was-was.

"Rawatan estetik di Lisyara membantu wanita yang mengalami merawat jeragat, kulit kusam, warna kulit tidak sekata dan memperbaiki tekstur kulit. Rawatan ini adalah selamat, selesa dan tidak mempunyai apa-apa kesan. 

"Begitu juga wanita yang berusia, secara semula jadinya, muka kita kehilangan isi padu. Kita kelihatan lebih tua dan tidak bermaya. Pipi yang berisi, kulit yang licin dan bibir yang cantik bukan lagi di dalam mimpi. Di sini, kami membantu anda menghilangkan kedukan atas muka. Hasilnya wajah lebih cantik dan berseri," katanya.

Ditanya rancangan masa depannya, Zaharah berkata setiap usahawan mahu berjaya dan membesarkan perniagaan, insya-Allah beliau berharap dapat membuka cawangan, menyediakan perkhidmatan francias dan memberi latihan kepada wanita yang berminat dalam bidang kecantikan dan spa. - KitaRedporters


Pakej Rahmah dan layanan kelas pertama menjadikan Lisyara Beauty Spa antara pusat kecantikan pilihan wanita di Lembah Klang.

15
5
0
13
0
You will be interested