Produk & Promosi 22 Jul, 2023

Hiburan gaya baharu! Tablet Honor Pad X9 LTE serba baharu dilancarkan! Hadiah percuma 25 Julai 2023!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Honor Malaysia baru sahaja melancarkan tablet keempatnya di Malaysia iaitu Honor Pad X9 – sebuah tablet versatil yang meningkatkan pengalaman hiburan dan pendidikan. 

Pada harga hanya RM1,099,  Honor Pad X9 didapati dalam warna Space Grey dengan memori 4GB+128GB. 

Jualan untuk Honor Pad X9 akan bermula pada 25 Ogos 2023, dan bagi setiap pembelian, pengguna akan menerima Papan Kekunci Bluetooth Pintar bernilai RM299 sebagai hadiah percuma. 

Dilengkapi dengan Paparan FullView Honor 11.5 inci serta ciri-ciri keselesaan mata, sistem audio enam pembesar suara yang dikuasakan oleh teknologi penyesuaian bunyi Honor Histen, serta pemproses Qualcomm Snapdragon 685 4G 6nm, Honor Pad X9 membawakan visual yang menakjubkan dan audio yang mengasyikkan. 

Memiliki bateri tahan lama 7250mAh, pengguna boleh menikmati hiburan tanpa gangguan, sesuai untuk menonton Netflix tanpa henti! Inilah hiburan yang menjadi idaman ramai! 

Paparan Terbaik Dalam Kelas Tersendiri untuk Pengalaman Pemandangan yang Mengagumkan 

Menampilkan paparan FullView 11.5 inci yang menyokong resolusi 2000x1200 piksel, 1.07 bilion warna, dan 100% ruang warna sRGB, Honor Pad X0 nisbah skrin ke badan 86% tiada tandingan yang dapat menghasilkan butiran yang menakjubkan dan warna seakan-akan hidup sekali gus meningkatkan gaya hiburan ke satu tahap yang baharu. 

Dengan kadar segar semula yang boleh diubah sehingga 120Hz, Honor Pad X9 menawarkan pengalaman visual yang sangat lancar ketika membuka aplikasi dan penggunaan bateri dapat dijimatkan apabila melayari aplikasi yang kurang memakan bateri seperti membaca e-buku. 

Bagi menunjukkan komitmen Honor terhadap teknologi berpusatkan manusia, Honor Pad X9 dilengkapi dengan ciri-ciri keselesaan mata pertama dalam industri.  Paparan yang memiliki Pemalapan Dinamik dapat merangsang aktiviti otot ciliary, jadi kualiti visual pengguna kekal konsisten sepanjang menggunakan peranti ini. 

Ditambah dengan teknologi Paparan Malam Sirkadia Honor yang boleh mengubah warna paparan menjadi lebih hangat secara automatik bagi mengurangkan jumlah cahaya biru, memastikan rembesan melatonin yang dapat meningkatkan kualiti tidur pengguna.  



Pengalaman Lancar Dikuasakan oleh Perkasasan yang Dipertingkat 

Menampilkan memori 4GB dan pemacu storan sebesar 128GB, Honor Pad X9 boleh menyimpan 26,880 gambar, 10,752 lagu atau 430 video HD, memberikan pengguna ruang yang cukup besar untuk menyimpan koleksi multimedia mereka. 

Memorinya mempunyai kelebihan pemproses Qualcomm Snapdragon® 685 4G 6nm yang menghasilkan kecairan grafik (fluid graphic) dan kelajuan tindak balas, jadi pengguna dapat mengendalikannya dengan mudah walaupun ketika sedang berurusan dengan cepat dan tergesa-gesa. 

Melengkapkan lagi prestasi perkakasan, Honor OS Turbo X dan GPU Turbo X memastikan perkakasan dan perisian sama-sama berfungsi dengan lancar bagi meningkatkan kelancaran, tidak cepat luput, dan menjimatkan bateri, menghasilkan frame rate yang sangat tinggi, sambungan rangkaian, dan latensi yang rendah, pada masa sama masih menepati kelancaran grafik untuk keperluan pengguna. 

Honor Pad X9 dilengkapi dengan bateri tahan lama 7250 mAh untuk perhubungan sepanjang hari. 

Membolehkan pengguna kekal berhubung dan berada dalam talian, Honor Pad X9 menyokong sehingga 13 jam penstriman video dan 12 jam muzik, amat sesuai bagi mereka yang mahukan bateri kekal lebih lama untuk berhibur.  

Rupa Sofistikated, Pengalaman Pintar 

Reka bentuk dwicermin dan dwibulatan Honor Pad X9 melengkapkan rekaannya yang hanya senipis 6.9mm dan seberat 495g, memudahkan pelajar dan golongan profesional membawanya kemana-mana sahaja.  

Honor Pad X9 hadir dengan Android 13 MagicOS 7.1 yang terkini, menawarkan pelbagai kemas kini dan ciri-ciri penyesuaian peribadi, sistem operasi canggih ini memberikan pengguna pengalaman lebih pintar yang tidak pernah dirasai sebelumnya. 

Dengan Honor Connect, pengguna boleh menggunakan beberapa peranti Honor untuk melihat notifikasi, memindahkan fail antara peranti dalam satu masa pada hanya satu skrin. 

Skrin yang besar dan resolusi yang tinggi membolehkan pelbagai kerja dilakukan serentak melalui APP Multiplier, iaitu dua fungsi dalaman MagicOS yang membolehkan pemandangan skrin terpisah dua. 

Dengan sokongan Google Kids Space, Honor Pad X9 memudahkan kanak-kanak meneroka, mencipta dan belajar melalui kandungan yang selamat dan lebih menarik. 

Pengguna boleh mengawal kandungan yang boleh dilihat dan mengehad tontonan skrin dengan aplikasi Family Link, jadi ibu bapa tidak perlu lagi merasa bimbang ketika membiarkan anak-anak bermain dengan tablet.  

Honor Pad X9 – Hiburan Terbaik dengan Gaya Elegan 

Hanya pada harga RM 1,099, peranti Honor Pad X9 yang menyeronokkan ini amat berbaloi untuk dimiliki. - KitaReporters/Kenyataan Media


12
12
0
9
0
You will be interested