Produk & Promosi 27 Aug, 2019

[VIDEO] BUKAN JENAMA KAMERA PENENTU FOTO HEBAT

@mohd. hazli hassan
A Mobile Journalist (Mojo) trainer by profession but force to be a scuba diver for food. Have more than 28 years experience in the media industry. Get more info on mobile journalism and mobilegraphy at www.mymojo.my

Share this
PEMINAT fotografi yang sering bertelagah mengenai penggunaan jenama kamera mana lebih baik berbanding antara satu sama lain tidak akan menghasilkan foto yang baik kerana itu bukan kriteria sebenar.


Pemilik Pusat Latihan & Studio Adhadi, Adhadi Mohd. berkata, persaingan jenama kamera ketika ini memang tinggi disebabkan setiap daripada pengeluar kamera terpaksa menunjukkan produk mereka lebih baik bagi mendapat kepercayaan pengguna.

Malah ketika ini, dengan meledaknya produk-produk telefon bimbit yang mempunyai kapasiti untuk merakamkan foto yang baik kata beliau, jenama-jenama kamera terpaksa turut meningkatkan kemampuan kamera mereka.

“Tetapi ketika ini, ramai jurufoto hanya sibuk memperkatakan tentang jenama kamera  semata-mata tanpa memikirkan perkara utama seperti kemahiran dan pengalaman. Jenama tidak akan membezakan foto-foto yang kita rakam walaupun ada sedikit sebanyak tetapan yang membantu, namun yang utama adalah kemahiran untuk merakamkan sudut-sudut terbaik dan bermain dengan cahaya.

“Dan jika masih mahu melakukan perbezaan jenama, ikutlah model-model mereka yang mempunyai spesifikasi yang setaraf dan tanpa membezakan antara ‘durian dan mangga’,” katanya semasa ditemui kru KitaReporters di Bengkel Percuma Fotografi Asas bersama Adhadi di Taman Tasik Perdana, baru-baru ini.


Mengulas mengenai keperluan pendidikan formal dalam fotografi, Adhadi berkata, mereka yang berminat dalam fotografi paling kurang perlulah mengikut latihan dari tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman dan kemahiran.

Menurut beliau, ini akan membolehkan peminat fotografi iti tidak melakulan kesalahan yang pada pandangan mereka betul.

"Ramai yang mendapat 'ajaran sesat' dalam bidang ini disebabkan mereka tidak menyertai latihan formal atau mengikuti bengkel-bengkel tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman dan kemahiran.

"Tak banyak, sikit kita kena ikut latihan formal bagi mengelakkan kita mendapat ajaran salah yang akhirnya akan memalukan kita sendiri," katanya.


Untuk itu katanya, selain menganjurkan bengkel fotografi percuma, pusat latihan beliau turut mengadakan pelbagai bengkel-bengkel fotografi termasuk pencahayaan, cara berposing, suntingan foto dan lain-lain yang lebih eksklusif bagi membolehkan peserta diberi pengetahuan yang mendalam mengenai kursus yang mereka sertai.

Mereka yang berminat boleh melayari laman web www.adhadi.com untuk sebarang maklumat berkaitan kursus yang dijalankan.

Sila tonton video dibawah yang disediakan untuk berita penuh. 

 


Gambar-gambar Hakcipta Terpelihara © para peserta Bengkel Fotografi Percuma Adhadi





3
0
0
0
0
You will be interested