Produk & Promosi 21 Dec, 2023

Jom beli setem Palestin Merdeka! Ada Sampul Hari Pertama, folder khas! Usaha solidariti Pos Malaysia!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Pos Malaysia Berhad, penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional melancarkan set setem “Palestin Merdeka” pada 14 Disember 2023. 

Setem “Palestin Merdeka” menampilkan imej tangan yang mengibarkan bendera Palestin, berlatarbelakangkan bayang-bayang orang ramai yang bersatu. Gambaran menyentuh hati ini melambangkan aspirasi rakyat Malaysia untuk keamanan yang berkekalan. 

Sementara itu, Sampul Hari Pertama menampilkan seekor merpati putih yang anggun memegang dahan zaitun, melambangkan simbol keamanan sejagat. 

Sepasang tangan yang memegang erat bersama satu sama lain pada muka folder melambangkan komitmen mendalam Malaysia untuk keamanan sementara motif Keffiyeh yang digunakan sebagai latar belakang merupakan simbol ketekunan dan solidariti. 

Pelancaran setem dirasmikan oleh Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, dan turut dihadiri Tan Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Pos Malaysia dan Charles Brewer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia. 

Menteri Komunikasi menegaskan komitmen kerajaan yang teguh menyokong Palestin, memuji Pos Malaysia atas pameran solidariti yang berkesan. 



Pengenalan setem Palestin Merdeka bukan sahaja menunjukkan belas simpati tetapi juga memberikan rakyat Malaysia cara yang nyata untuk menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin yang menharungi detik-detik mencabar ketika ini. 

Inisiatif ini merupakan peringatan kepada aspirasi bersama rakyat Malaysia iaitu sifat kemanusiaan tanpa batasan, melambangkan pendirian bersatu demi agenda yang melepasi sempadan negara. 

Pos Malaysia berbesar hati menyokong pendirian Kerajaan Malaysia Madani dengan pelancaran koleksi setem istimewa ini. 

Melalui seni filateli, Kumpulan ini berdiri teguh dalam pendirian menyokong keamanan, keadilan dan masa depan yang lebih cemerlang untuk semua. 

Pos Malaysia bangga dengan kuasa setemnya untuk menyampaikan mesej harapan merentasi sempadan dan memupuk kefahaman global. 

Sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan kepada Tabung Amanah Kemanusiaan Palestin yang diurus oleh Kementerian Luar Negeri. 

Dana tersebut akan disalurkan melalui inisiatif Ops Ihsan, kolaborasi antara Kerajaan Malaysia dan 53 NGO kemanusiaan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza. 



Set setem “Palestin Merdeka” akan dijual secara dalam talian di www.pos.com.my/shop dan di Pejabat Pos dan Biro Filateli Pos Malaysia bermula 18 Januari 2024, pada harga RM1.30 setiap setem.

Sampul Hari Pertama pula boleh didapati pada harga RM0.50 dan Folder pada harga RM6.00. 

Setem juga boleh dibeli dalam bentuk helaian setem, mengandungi 20 setem setiap helaian, pada harga RM26.00. 

Peminat setem boleh mendaftar untuk Akaun Simpanan Pesanan Tetap (SODA) bagi menikmati proses pembelian terkini tanpa risau serta menikmati faedah eksklusif yang ditawarkan oleh SODA. 

Mereka yang berminat menjadi sebahagian daripada komuniti SODA boleh mendaftar di mana-mana pejabat pos di seluruh negara. - KitaReporters/Kenyataan Media

15
7
0
11
0
You will be interested