Produk & Promosi 08 Oct, 2023

Peluang sertai Pencarian Harta Karun Oat Krunch! Hadiah bernilai RM10,500 untuk pasukan yang menang!

@rashidah ibrahim
Bermula di Berita Harian sebagai wartawan di meja berita am 1985, diikuti Berita Minggu, meja mahkamah dan pendidikan sebelum ke majalah Anjung Seri (1993-2015). Jawatan terakhir Timbalan Editor. Meneraju variaseri.com youtube Anjung Destinasi TV.

Share this


Bagi penggemar Oat Krunch ada sesuatu menarik menanti anda. Oat Krunch, biskut oat No 1 di Malaysia menganjurkan peraduan pencarian harta karun “Healthy Nation is a Happy Nation” (Negara Sihat Negara Bahagia) pada 28 Oktober 2023 ini.

Terbuka kepada semua yang berminat berumur 13 tahun ke atas, pencarian harta karun ini akan diadakan pada tarikh itu di Piazza, Pavilion Bukit Jalil bermula 9.00 pagi – 1.00 petang. Peraduan bertujuan menggalakkan warga Malaysia ke arah membina negara yang sihat.

Nikmatilah Oat Krunch yang lazat dan sihat dan sertailah peraduan itu. Mulakan pengembaraan yang menarik bersama rakan dan keluarga dengan membina sebuah pasukan yang terdiri daripada tiga hingga empat ahli untuk menyertai pencarian harta karun yang menyeronokkan itu.



Selain itu, nikmati juga sesi zumba yang meriah dan sarapan pagi yang lazat sebelum pencarian bermula. Paling penting, harta karun yang dikumpulkan ketika pencarian akan didermakan kepada organisasi amal untuk menjadikan pengembaraan ini  menyeronokkan dan lebih bermakna!

“Healthy Nation is a Happy Nation” adalah sebahagian daripada kempen Oat Krunch yang sihat dan lazat. Ia diadakan sempena Bulan Oatmeal untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Malaysia. 

Kempen ini menggalakkan mereka untuk mendapatkan manfaat daripada oat yang lazat dan berkhasiat serta menikmati hidangan berasaskan oat dengan pelbagai cara! 

Oat Krunch percaya bahawa makanan sihat menjadi hidangan yang enak, justeru memastikan semua orang dapat merasa dan menikmatinya. Diperbuat daripada oat import berkualiti tinggi dan bahan lain yang lazat seperti coklat gelap dan buah strawberi, setiap biskut bebas lemak trans, bahan pengawet, pewarna tiruan dan merupakan sumber serat.



Ringkasan Cara Menyertai:

Langkah 1 – Bentuk sebuah pasukan yang terdiri daripada 3 hingga 4 orang ahli.

Langkah 2 – Klik https://sites.google.com/view/oat-krunch-treasure-hunt/,  ikuti langkah dan daftar.

Langkah 3 – E-mel pengesahan akan dihantar setelah pembayaran disahkan.

Langkah 4 – Sertai taklimat peraduan pada 25 Oktober 2023 melalui Zoom dengan yuran pendaftaran.

Bagi yang berminat, apa tunggu lagi, ikuti langkah di atas untuk penyertaan.

Menariknya, setiap yuran pendaftaran layak menerima barangan bernilai RM200 meliputi baju-T, beg bertali, Biskut Oat Krunch dan Insurans Kemalangan Diri.

Kadar hadiah bakal diterima pasukan yang menang meliputi Wang Tunai RM4,000 (pasukan pertama), Tunai RM2,500 (kedua), Tunai RM1,500 (ketiga), Tunai RM800 (keempat), Tunai RM450 (kelima) dan sagu hati untuk lima pasukan, setiap satu wang tunai RM250. - KitaReporters

9
8
0
7
0
You will be interested