Honor sebagai peneraju jenama telefon pintar sentiasa berada satu langkah di hadapan dalam inovasi dan peranti flagship terbaharu dan Honor Magic5 Pro adalah bukti kepada kemajuan tersebut.
Bakal dilancarkan Khamis, 6 April 2023 ini, Honor Magic5 Pro merangkul juara bagi kategori Paparan Dxomark, lalu menjadikan peranti ini pesaing sengit dalam pasaran telefon pintar.
Perbezaan ketara paparan Honor Magic5 Pro dengan jenama lain adalah ketelitian terperinci terhadap kelayakan menghasilkan skrin yang berkualiti.
Honor telah memperkenal beberapa ciri-ciri inovatif yang menjadikan peranti ini lebih hebat berbanding pesaing lain.
Pengalaman Pemandangan Dipertingkat dengan Teknologi Novel Display Luminance Enhancement dan Cipset Paparan Diskret:
Menampilkan Paparan Terapung Kuad Lengkung LTPO 6.81 inci menerusi Teknologi Novel Display Luminance Enhancement, Honor Magic5 Pro menawarkan kecerahan HDR tinggi sebanyak 1800, terbaik untuk digunakan di bawah cahaya matahari terik.
Sama ada menonton filem, bermain game atau melayari internet, paparan Magic5 Pro yang menakjubkan memastikan setiap butiran dilihat dengan jelas.
Tambahan pula, Cipset Paparan Diskret Honor Magic5 Pro meningkatkan kualiti video dan menghapuskan pergerakan kabur untuk pengalaman visual yang lebih baik.
Ini menghasilkan kesan HDR yang luar biasa dan mengubah kadar frame video yang rendah menjadi tinggi dengan gabungan teknologi Motion Estimate dan Motion Compensation.
Bagi peranti ini yang diiktiraf HDR10+ dan IMAX Enhanced, peminat pasti berpuas hati dengan kualiti video Honor Magic5 Pro yang terbaik dalam kelas tersendiri.
Ciri-Ciri Keselesaan Mata Inovatif dengan pensijilan Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland:
Tanda dagang Pensijilan Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland dalam setiap peranti Honor sememangnya diiktiraf dunia dan berupaya membantu mengurangkan keletihan mata dan kelesuan.
Ini mengekalkan kualiti tinggi visual pada skrin Honor Magic5 Pro tanpa mengubah warna serta tidak menjejaskan pemandangan skrin.
Dengan teknologi pemalapan PWM 2160Hz di atas paparan LTPO yang pertama dalam industri, Honor memastikan Siri Honor Magic5 dapat mengurangkan ketidakstabilan kecerahan dan kerlipan skrin, sekali gus mengurangkan keletihan mata dan memberikan tontonan selesa walaupun dalam suasana malap.
Prihatin tersebut menandakan Honor mementingkan penjagaan mata pengguna.
Selain itu, Paparan Malam Sirkadia Honor Magic5 Pro turut diiktiraf Mesra Sirkadia TUV Rheinland yang bukan sahaja mengurangkan cahaya biru tetapi membantu memperbaiki kualiti tidur walaupun selepas penggunaan untuk masa yang panjang.
Kajian menunjukkan tahap melatonin meningkat sebanyak 20% dengan teknologi ini.
Lebih menarik, ciri-ciri Pemalapan Dinamik menggunakan pencahayaan dinamik seperti cahaya semula jadi untuk mengurangkan keletihan mata dengan merangsang pergerakan otot siliari dan meningkatkan peredaran darah.
Meskipun ciri tersebut belum diketahui kebanyakan pengguna, Honor berusaha memastikan ciri-ciri penjagaan mata yang inovatif ini memanfaatkan pengguna masa pada jangka masa panjang.
Nantikan pelancaran Dua Telefon Pintar Flagship Honor Malaysia!
Saksikan ciri-ciri inovatif paparan yang disebutkan di atas di pelancaran Siri Honor Magic5 dan Honor Magic Vs pada 6 Apri 2023 ini. - KitaReporters/Kenyataan Media