Produk & Promosi 02 Oct, 2023

Hadiah berjumlah RM23k menanti! Pertandingan Fotografi Pelancongan Putrajaya 2023! Tutup 15 Okt 2023!

@roslan ibrahim
Meminati penulisan sejak di bangku sekolah. Selepas STPM, menyambung pengajian dalam bidang komunikasi massa di UiTM. Menjalani latihan praktikal di Utusan Malaysia selama 6 bulan, Wartawan Mingguan Kota, Majalah Ibu, Berita Harian dan Harian Metro. Selepas berhenti dari HM, menyertai NGO, Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST) dan IKRAM. Kini bersama KitaReporter sejak September 2023.

Share this


HANYA berbaki dua minggu lagi Pertandingan Fotografi Pelancongan Putrajaya 2023 (PTPC 2023) akan melabuhkan tirainya. Tapi, anda masih mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dan menghantar penyertaan untuk memenangi hadiah keseluruhan RM23,000!.

Tugas anda amat mudah, berdasarkan tema yang disediakan oleh penganjur, ambil gambar-gambar menarik sama ada menggunakan kamera telefon bimbit atau kamera biasa dan hantar terus penyertaan sebelum tarikh tutup. 

PTPC 2023 adalah penganjuran kali ke-6 dan penyertaan mula dibuka kepada orang ramai sejak 28 Ogos hingga 15 Oktober 2023. Setakat ini sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Jurucakap Perbadanan Putrajaya berkata, penyertaan adalah terbuka kepada semua warga negara Malaysia dan tiada bayaran dikenakan. Jadi, tunggu apa lagi, buktikan kreativiti dan serlahkan bakat terpendam anda dalam bidang fotografi.


Gambar juara PTPC 2022, Tangga Putrajaya yang dihasilkan oleh Tan Ee Long bagi kategori Produk Baharu Pelancongan.


Beliau berkata, seperti tahun-tahun sebelum ini, dua tema yang dipertandingkan pada tahun ini ialah "Indahnya Putrajaya" dan "City with Soul".

"Pertandingan Fotografi Pelancongan Putrajaya 2023 merupakan usaha mempromosi pusat pentadbiran negara itu sebagai destinasi pelancongan yang memaparkan keunikan tempat-tempat menarik seperti taman, sukan, rekreasi dan aktiviti yang diadakan setiap tahun.

"Pertandingan yang bermula sejak 2017, menarik minat ramai jurugambar dan peminat foto dari seluruh negara bagi mengabadikan gambar-gambar menarik dan unik berkaitan Putrajaya," katanya.

Gambar pemenang ketiga PTPC 2022 bagi kategori Produk Baharu Pelancongan, Sandy Beach yang dihasilkan oleh Muhammad Hakim Samsudin.


Hadiah berupa wang tunai menanti peserta dan jurugambar bertuah. Bagi juara, pemenang akan menerima wang tunai RM4,000, tempat kedua (RM3,000), ketiga (RM2,000) dan lima hadiah saguhati berjumlah RM500 setiap seorang.

Jadi, tunggu apa lagi, ayuh hantarkan penyertaan anda pada kadar segera untuk mengelak terlepas peluang memenangi hadiah-hadiah menarik yang disediakan. 

Layari https://web.facebook.com/ptpc2023/ bagi Terma & Syarat serta Borang Pendaftaran pertandingan. 

Hubungi Sekretariat Pertandingan Fotografi Pelancongan Putrajaya di Unit Pelancongan Bahagian Komunikasi Korporat, Perbadanan Putrajaya atau hubungi Sulaiman (NEST) 019-6099096 atau Fitri 011-10588407 atau e-mel ptpc082023@gmail.com untuk maklumat lanjut. - KitaReporters


Gambar juara PTPC 2022 bagi kategori Seni Bina di Putrajaya yang dihasilkan oleh Abdul Hafiz Ab Hamid.


Gambar pemenang tempat kedua bagi kategori Seni Bina di Putrajaya dihasilkan oleh Zon Hisham Zainal Abidin.

16
16
0
11
0
You will be interested