Produk & Promosi 23 Jul, 2023

Tahniah Al-Ikhsan Sports! Ulang tahun ke-30! Menangi hadiah menarik ke Olimpik 2024, UEFA Euro 2024!

@rahanamd
Bekas Wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Majalah Wanita dan akhbar di Ibu Pejabat Jalan Chan Sow Lin dan biro Kelantan.

Share this



Sungguh ramai dan meriah dengan  kehadiran jemputan termasuk para artis, duta jenama, ahli sukan negara pada majlis sambutan 30 tahun ulang tahun Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd pada 20 Julai 2023 lalu di Putrajaya, sekali gus membuktikan pembekal pakaian dan peralatan sukan ini sangat terkenal.

Namun yang menarik perhatian  ketika majlis pelancaran tersebut apabila muncul pengasasnya, Ali Hassan pada layar skrin besar di hadapan pentas yang secara ringkas memberitahu sejarah penubuhan Al-Ikhsan. 

Katanya, kedai barangan sukan ini memulakan operasi  kedai pertamanya pada tahun 1993 di Holiday Plaza, Johor Bharu didorong dengan pengalaman perit meminta diskaun bagi sepasang but kasut bola Lotto. 

“30 tahun lalu saya berasal daripada keluarga susah ketika itu dan untuk membeli sepasang kasut bola yang mahal tak mampu.

"Selepas peristiwa pedih itu saya dapati barangan sukan memang mahal tetapi diminati ramai, maknanya mesti ada sambutan. Sejak itu saya berazam dan bersemangat untuk memasuki dunia peruncitan barangan sukan yang berkualiti tetapi mampu milik,” ujarnya. 

Terkini, kedai Al-Ikhsan berkembang maju di seluruh negara dengan sebanyak 185 cawangan dan sasaran menjadikan jumlahnya 300 kedai dalam tempoh lima tahun lagi termasuk di Sabah dan Sarawak.


Hannah Yeoh (dua dari kiri), Vach Pillutla (kanan), Wilfred Wong Vui Hiung (kiri) dan Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir (dua dari kiri) memotong kek sempena ulang tahun ke-30 Al-Ikhsan Sports di IOI City Mall, Putrajaya pada 20 Julai 2023.


Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh  pula dalam ucapan perasmian berkata, jenama tempatan juga mampu pergi lebih jauh dalam perniagaan atas sokongan peminat barangan itu sendiri.

“Al-Ikhsan telah membina jenama dan pengikutnya sejak sekian lama dan popular dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia dan diharap golongan remaja dan kanak-kanak daripada keluarga B40 tidak sekadar mampu memandang tetapi juga dapat memiliki barangan sukan yang mereka sukai di sini,” ujarnya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sport, Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Ekuiti Nasional Berhad, Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir, Timbalan Pengarah Urusan IOI City Mall, Wildfred Wong Vui Hiung. 



Vach Pillutla


Sebagai syarikat korporat yang prihatin, Al-Ikhsan Sports turut terlibat dalam aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan fokus kepada pendidikan dan sumbangan. 

Bagi pendidikan, syarikat memberi tumpuan kepada forum keusahawanan dalam kalangan pelajar kolej tempatan di samping menyumbang kepada ibu tunggal, orang kurang upaya dan warga emas. 

Melalui kempen kembali ke sekolah, bantuan disalurkan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak kurang bernasib baik dengan mengagihkan sumbangan korban kepada keluarga yang memerlukan. 

Setiap tahun hampir 50,000 pelajar telah mendapat manfaat daripada program tersebut.



Sempena sambutan ulang tahun, bermula bulan Julai 2023 ini diadakan kempen – Pengalaman Sukan Paling Hebat Al-Ikhsan. Hanya dengan membeli barangan serendah RM100 akan melayakkan pelanggan memenangi pelbagai hadiah bulanan dan utama bernilai RM200,000.

Dalam satu kenyataannya, peraduan berkonsep lebih banyak anda berbelanja, lebih besar peluang untuk menang menawarkan hadiah menarik termasuk percutian selama tujuh hari, enam malam untuk ke Majlis Pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Paris bernilai RM50,000.

Hadiah kedua pula ialah percutian lima hari empat malam ke kejuaraan bola sepak Euro 2024 di Jerman termasuk dua tiket perlawanan akhir UEFA Euro 2024 bernilai RM40,000.

Dikuti hadiah ketiga pula percutian lima hari empat malam ke Euro 2024, di Jerman termasuk dua tiket perlawanan peringkat kumpulan UEFA Euro 2024 bernilai RM40,000 manakala hadiah keempat ialah percutian ke Anfield/Liverpool untuk dua orang termasuk tiket perlawanan bola sepak Liga Inggeris bernilai RM25,000. 

Turut ditawarkan ialah hadiah bulanan termasuklah telefon pintar dan barangan elektrik.


Penyanyi dan pengacara Alif Satar (duta jenama) dan Dato' Muhammad Azizulhasni Awang, antara tetamu yang memeriahkan majlis sambutan ulang tahun ke-30, Al-Ikhsan Sports. 


Pelanggan Al-Ikhsan layak menyertai kempen itu dengan mendaftarkan keahlian Al-Ikhsan Sports melalui laman e-dagang rasmi Al-Ikhsan dan setiap ringgit yang dibelanjakan akan ditukarkan kepada markah serta peserta akan menerima emel secara mingguan untuk mengetahui status carta kedudukan terkini.

Sempena ulang tahun ulang tahun ke-30, syarikat tersebut turut mengeluarkan edisi khas produk seperti jersi, botol air dan beg yang boleh dijadikan koleksi dan cenderamata. - KitaReporters


17
18
0
14
0
You will be interested