Produk & Promosi 26 Sep, 2019

SIRI OPPO A 2020 SESUAI UNTUK GENERASI DIGITAL MASA KINI

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this
"MOD malam Ultra 2.0 yang terdapat pada telefon pintar terbaharu siri A 2020 adalah penyelamat nyawa." ujar pelakon dan penyanyi Ayda Jebat. 
Eh! Anda tentu terfikir kan bagaimana sebuah telefon pintar boleh menjadi penyelamat kepada plantun lagu 'Temberang' ini.

 (Dua dari kiri) Ayda Jebat memperkenalkan siri OPPO A 2020 bersama Encik Garry Gong, Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia dan Encik  Ken Ng, Pengurus Produk OPPO Malaysia (dua dari kanan) diapit dua model pada majlis pelancaran telefon pintar berkenaan baru-baru ini.


Jangan kata Ayda temberang tau sebab itulah pengalaman yang dilaluinya kala mencuba mengambil gambar dengan kamera OPPO A9  2020 pada waktu malam.

Sebagai duta OPPO A9 2020, Ayda memberitahu kali pertama cuba menggunakan telefon pintar tersebut ketika  berada di sebuah konsert di Dataran Merdeka.

"Secara jujurnya saya tidak suka mengambil gambar menggunakan lampu denyar kerana gambar tak nampak semula jadi malah muka kita kadangkala nampak putih macam 'hantu'," ujar Ayda dalam ketawa kecil kala di temui pada majlis pelancaran siri OPPO A 2020 baru-baru ini.

Menurutnya lagi, dengan adanya Mod Malam Ultra 2.0 pada telefon, ia membantunya memperoleh gambar yang sangat terang dan jelas walau pun berada di ruang bercahaya rendah.

Mod Malam Ultra 2.0 memastikan pengurangan hingar yang cekap, manakala HDR dan Teknologi Pelbagai Bingkai memberikan gambar pemandangan malam yang melangkaui kecerahan dan perincian yang dapat dilihat oleh mata kasar manusia.

Selain itu, tambah Ayda, kamera utama belakang 48MP Kuad-Kamera sentiasa memberikan hasil fotografi menakjubkan walau pun dalam keadaan siang atau malam. 

Wajah akan menjadi lebih cerah dan terperinci, manakala suar cahaya latar belakang berjaya dikurangkan dengan kadar yang banyak.

"Kalau dulu setiap kali saya cuba mengambil gambar pemandangan atau berkumpulan bersama keluarga atau peminat, saya perlu berundur ke belakang bagi memuatkan kesemua orang dalam satu gambar. 

"Tetapi dengan ciri 119 degree lensa sudut ultralebar saya dah boleh ambil gambar dengan mudah tanpa bersusah payah  mencari posisi sesuai," tambah Ayda yang menyifatkan telefon pintar siri A 2020 terbaharu ini lebih sesuai untuk anak-anak muda.

Beliau turut memperkenalkan 'adik' kepada A9 2020 iaitu A5 2020 yang dilengkapi dengan tetapan Kuad-Kamera pelbagai guna sama seperti A9 2020 cuma kamera utamanya berfungsi 12MP berbanding 48MP + Lensa Ultra Lebar 8MP + Lensa Mono 2MP + Lensa Potret 2MP pada siri A9 2020.

A9 2020 dilemgkapi dengan kamera swafoto 16MP, manakala A5  2020 dilengkapi dengan kamera swafoto 8 MP di mana kedua-duanya menggunakan teknologi Kecantikan AI untuk swafoto yang lebih teliti.

Selain itu, Lensa Mono dan Lensa Potret membolehkan para pengguna menambah kesan retro, kasar dan atmosfera ke dalam gambar potret yang diambil malah menawarkan gaya baharu seiring dengan yang ditawarkan oleh jenama lain.

Kata Ayda, memandangkan golongan muda sekarang suka bermain 'game' dengan telefon, maka A 2020 ini paling sesuai untuk mereka kerana mempunyai kapasiti storage yang  besar.

Dengan ruang menyimpan memori  berkapasiti tinggi 8GB RAM + 128GB ROM dan slot tiga-kad (Dual Sim + MicroSD) ia mampu menyokong sehingga 256GB memori tambahan.

Dan apabila bermain 'game' sudah tentu pengguna mahukan kepuasan pada audionya. Betul tak?

Usah khuatir kerana dari segi audio, OPPO siri A 2020  didatangkan dengan dua pembesar suara yang menawarkan kelantangan  yang lebih tinggi serta kualiti bunyi yang lebih baik dengan kesan bunyi sekeliling yang lebih mendalam.

Malah kesan bunyi Dolby Atmos digunakan untuk mendapatkan bunyi yang mendebarkan, video dan pengalaman permainan yang lebih menyeluruh.

Teknologi pemecut Game Boost 2.0 menawarkan Frame Boost dan Touch Boost yang dipertingkatkan, di mana kedua-duanya memberikan respon pemula permainan sepantas kilat.

Frame Boost menyediakan pemantauan masa nyata bagi operasi telefon bagi mengelakkan telefon menjadi terlalu panas atau menggunakan kuasa yang berlebihan.

Manakala Touch Boost membuat pelarasan khas kepada daya responsif skrin sentuh 6.5in ketika bermain permainan dan juga meningkatkan daya sensitiviti skrin sentuh ketika menjalankan aplikasi supaya telefon dirasakan lebih laju dan lebih responsif.

Bateri berkapasiti besar 5000mAh membolehkan penggunaan sepanjang hari sehingga selama 19 jam. Lama kan?

"Pendekata, seluruh rekaan telefon bimbit ini menawarkan pengalaman hiburan yang hebat dan prestasi yang berkuasa. 

"Sebab itu ia disyorkan kepada pengguna muda yang bermotivasi dan bersemangat," tambah Ayda sambil menganggap harganya pun mampu milik bagi anak-anak muda.

OPPO A9  2020 berharga RM1,199 manakala A5 2020 dijual lebih mampu milik iaitu RM699 dan akan mula dijual pada 28 September 2019 ini dalam pilihan dua warna - SpacePurple dan Marine Green.

Yang berminat boleh membuat prapesanan sehingga esok (27 September) di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara dalam talian di laman web rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang Lazada atau Shopee; dan rakan kedai rangkaian OPPO Senheng, SenQ, DirectD dan ThunderMatch.

Maklumat lebih terperinci pada spesifikasi siri OPPO A 2020 boleh layari laman web www.oppo.com.my.

0
0
0
0
0
You will be interested