Produk & Promosi 06 Oct, 2019

SIRI REALME 5 GAMIT 'GAMERS', PEMBELI 'COST CONSCIOUS'

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this
SEJAK diperkenalkan tahun lalu, telefon pintar realme telah berjaya mencapai 10 juta pengguna berdaftar dalam tempoh setahun malah merupakan salah satu jenama 'Global Top 10 Smartphones' bagi suku kedua tahun 2019 ini.

Ini menjadikannya jenama paling pesat berkembang secara global juga ke lebih 20 buah negara seperti China, India, Asia Tenggara, Eropah, Rusia, Pakistan, Afrika dan Mesir.

Masih mengekalkan slogannya, "Dare To Leap",  realme Malaysia memperkenalkan produk terbaharunya berupa telefon pintar quad kameranya yang pertama iaitu realme 5 dan realme 5 Pro.

Majlis pelancarannya di Subang Jaya baru-baru ini berlangsung penuh meriah dan 'happening' dipenuhi pelbagai aktiviti 'gaming' untuk tetamu dan media yang hadir bagi memenangi beberapa produk keluaran realme seperti baju-T, bag, patung dan lain-lain. 

Hunter Wang (dua dari kanan) melancarkan siri telefon pintar realme 5 dan realme 5 Pro bersama Yoo Seung Hoon (tengah), Tiffany Teh (dua dari kiri) dan KC Har  (tiga dari kiri) serta diapit dua 'robot' di EX8 Event Space, Subang Jaya baru-baru ini.


Anda mesti nak tahu kan apa kelebihan realme terbaharu ini?

Dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 665 dan 712, kedua-dua realme 5 dan realme 5 Pro menjanjikan prestasi cemerlang kepada pengguna bagi segmen telefon harga pertengahan.

Kelebihan pada kedua-dua model ini adalah penggunaan quad kamera dengan lensa sudut ultra-lebar, kamera utama, lensa potret dan ultra makro.

Bagi pengguna yang mencari telefon berharga RM599 (3 GB + 64 GB) dan RM799 untuk 4 GB +128 GB, disyorkan memilih  realme 5 yang dilengkapi dengan Snapdragon 665 AIE iaitu enjin Qualcomm AI generasi ketiga berdasarkan cip pemprosesan 11nm octa-core yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0 GHz seiring dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan.


Reka bentuknya dengan paparan 6.5 inci Full HD+ berbanding realme 5 Pro yang lebih kecil 6.3 inci FHD + Dewdrop, realme 5 dipertingkatkan dengan 'diamond cut' dan sentuhan hologram memberikan ilusi tekstur 3 dimensi.

Dengan pengisian quad-kamera AI-119 darjah sudut ultra-lebar (8 MP), kamera utama (12 MP), lensa potret (2 MP) dan lensa ultra makro (2 MP) serta AI kamera hadapan (13 MP), memberikan pengguna pengalaman imej baharu.

Bateri 5000mAh pada realme 5 membolehkan pemiliknya menikmati pengalaman hiburan yang lebih panjang, kerana menjalankan sistem operasi ColorOS 6.0 berdasarkan Android 9.0 Pie.


Tetapi jika anda mahukan yang lebih berkuasa pada harga RM1,099 maka realme 5 Pro jawapannya.

Peranti ini dikuasakan oleh Snapdragon 712 AIE dengan CPU berkelajuan 2.3 GHz yang juga dikenali sebagai enjin AI generasi ke-3. 

Ia membantu mempercepatkan pengkomputeran AI bersama GPU Qualcomm Andreno 616.

Ditambah pula kamera depan Sony IMX471 Ai 16MP, ia sekali gus menawarkan pengalaman imej yang tidak dapat ditandingi dalam segmen ini.

Pada skrin yang lebih kecil dari realme 5, ia hadir dengan warna hologram nanometer dengan tekstur visual berlapis pada penutup belakangnya serta dilengkapi dengan set 20 W VOOC Flash Charge 3.0.

Bagi persediaan quad-kamera pula, ia dilengkapi 119 darjah lensa sudut ultralebar (8 MP),  48 MP kamera utama Sony IMX 586, lensa potret (2 MP) dan lensa ultramakro (2 MP).

Realme 5 Pro hadir dalam dua pilihan warna iaitu Crystal Green dan Sparkling Blue, manakala realme 5 dalam rona Crystal Blue dan Crystal Purple.

Dan buat pertama kalinya juga, dua telefon pintar  siri realme ini akan dijual secara eksklusif di platform Lazada malah boleh membuat pesanan awal sehingga 11 Oktober ini.

Jika malas ke kedai dan mahu beli online boleh layari http://bit.ly/realme5remind atau kunjungi kedai realme berhampiran dengan merujuk laman web http://realmemalaysia.ucraft.net/.

Menarik sungguh warnanya sesuai dengan cita rasa golongan muda-mudi sekarang malah bila digengam rasa ringan dan mudah dikendalikan.


Team A dan Team B berlawan permainan digital... menyaksikan Team A menang di mana hadirin yang hadir dan mengundi Team A masing-masing diberikan tiket/baucer menonton wayang.


Bagi membuktikan kehebatannya sebagai telefon pintar untuk golongan yang suka bermain permainan digital, majlis pelancarannya turut menyaksikan dua kumpulan iaitu team KC dan team Tiffany berlawan di pentas.

Pelancaran realme 5 dan realme 5 Pro disempurnakan bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif realme Malaysia, Hunter Wang; Naib Presiden  Lazada Malaysia, Yoo Seung Hoon; Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia; dan Pengurus Produk KC Har.

Maklumat spesifikasi terperinci lanjut boleh layari https://www.realme.com/my/


Para media dan bloggers mencuba telefon pintar baharu realme 5 dan realme 5 Pro.

0
0
0
0
0
You will be interested