Produk & Promosi 02 Jun, 2023

Kempen minum susu! Marigold HL lantik Ernie Zakri jadi duta jenama! 44% rakyat tak amal ambil susu!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Susu Marigold HL hari ini telah mengumumkan usaha samanya dengan penyanyi tanah air, Ernie Zakri dalam memupuk rakyat Malaysia mengenai kepentingan gaya hidup aktif dengan menerapkan pengambilan susu dalam rutin harian mereka. 

Ernie Zakri akan bersama-sama menjayakan sebuah kempen pendidikan ‘SuperMilk’ bagi menonjolkan kelebihan susu sebagai sumber diet yang seimbang lagi berkhasiat untuk kesihatan yang menyeluruh. 

Menurut Panduan Pemakanan Malaysia 2020, susu merupakan antara sumber makanan yang paling lengkap kerana ia mengandungi hampir kesemua komponen nutrisi yang penting untuk manusia. 

Sungguhpun begitu, satu dalam tiga buah keluarga di Malaysia berdepan isu kekurangan mikronutrien yang penting seperti zat besi, kalsium, dan vitamin C & D. 

Malah, satu daripada tiga kanak-kanak bawah usia 12 tahun tidak mempunyai akses pengambilan vitamin D dan kalsium yang cukup dalam diet harian mereka. 

Tinjauan oleh Statista juga menunjukkan bahawa 44% daripada respondennya juga tidak mengamalkan pengambilan sebarang jenis susu.



Menyedari keperluan untuk menangani isu ini, kempen Marigold HL SuperMilk yang menampilkan Ernie Zakri sebagai duta jenama diharap dapat membantu rakyat Malaysia untuk memahami bagaimana dengan semudah pengambilan Susu Marigold HL setiap hari, mereka dapat meningkatkan tahap nutrien serta mencegah pelbagai masalah kesihatan. 

Sarat dengan 38% lebih banyak kalsium dan 31% lebih banyak protein berbanding susu biasa, Susu Marigold HL juga merupakan sumber yang amat baik untuk 9 jenis vitamin yang penting, iaitu vitamin A, B1, B3, B6, B12, C, D3, E serta asid folik. 

Susu berkhasiat ini juga rendah laktosa dan lemak, menawarkan pengguna pilihan susu yang lebih sesuai lagi sihat. 

Kempen ini turut memberi tumpuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia agar mengamalkan gaya hidup aktif dengan meningkatkan tahap dan kepelbagaian aktiviti fizikal mereka.

“Kami komited ke atas kesejahteraan dan kesihatan para pengguna kami, sejajar dengan nilai-nilai organisasi kami. 

"Kami berharap pelancaran kempen SuperMilk ini dapat meningkatkan lagi kesedaran tentang pentingnya pengambilan susu, dan pada masa yang sama, menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia. 

"Kami bertekad untuk terus memupuk Malaysia yang lebih sihat menerusi pelbagai produk tenusu & jus minuman kami yang berkualiti tinggi,” jelas Poh Eng Lip, Pengurus Besar Malaysia Milk Sdn. Bhd., iaitu pengeluar produk-produk Marigold.

“Kami juga berbesar hati mengalu-alukan Ernie sebagai duta jenama Susu Marigold HL. Beliau telah menempa nama dan pencapaian besar dalam kerjayanya sebagai seorang penyanyi. 

"Kami kagum dengan etika kerja beliau, serta sikap positif dan dedikasi beliau terhadap kesihatan dan kecergasan,” tambah Poh.



Sepanjang kempen SuperMilk ini, Ernie Zakri akan menyingkap bagaimana pengambilan Susu Marigold HL memperbaiki kualiti kehidupan beliau dan seisi keluarga. 

Kempen ini juga akan mendidik rakyat Malaysia bagaimana Susu Marigold HL dapat membekalkan mereka dengan pelbagai jenis mikronutrien yang penting. 

“Saya amat berbesar hati kerana dipilih untuk menjadi duta jenama Susu Marigold HL. Sebagai seorang ibu yang berkerjaya, saya memahami betapa pentingnya sumber tenaga dan pemakanan yang sihat untuk diri saya dan juga keluarga. 

"Susu Marigold HL memberikan saya sumber tenaga untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian, dan saya dapat berlapang dada kerana keluarga saya juga memiliki akses ke atas khasiat-khasiat nutrien penting yang mereka perlukan di rumah. 

"Saya berasa amat bertuah atas peluang untuk mewakili sebuah jenama yang mementingkan kesejahteraan para keluarga, sama seperti keluarga saya,” ujar Ernie Zakri, duta jenama Susu Marigold HL.

Sebagai usaha sama dengan Susu Marigold HL, Ernie Zakri akan membuat penampilan eksklusif semasa acara roadshow (jerayawara) yang akan memberi peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan beliau serta mengetahui lebih lanjut mengenai kebaikan Susu Marigold HL. 

Butiran roadshow tersebut adalah seperti berikut:

  • Mydin USJ: 2 petang – 4 petang, 18 Jun 2023 (Ahad)
  • Mydin Bertam, Pulau Pinang: 2 petang – 4 petang, 25 Jun (Ahad)
  • Mydin Mutiara Rini, Johor: 2 petang – 4 petang, 8 Julai (Sabtu)
  • Mydin Gong Badak, Terengganu: 2 petang – 4 petang, 15 Julai 2023 (Sabtu) - KitaReporters/Kenyataan Media


10
13
0
12
0
You will be interested