Produk & Promosi 10 May, 2023

Proton terus mengaum! Lancar SUV ke-3 X90! Rancang projek kereta NEV di Automotive High Tech Valley!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Pelancaran Proton X90 disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini. - Foto: FAS.


Sempena ulang tahun ke-40 Proton (Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd.) pada 7 Mei 2023 lalu dengan hampir 5 juta kereta dihasilkan, Proton terus melangkah maju dengan pembinaan model terbaharunya daripada barisan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Majlis gilang gemilang kereta nasional itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dan Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz,

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi. Chang Lih Kang; Pengerusi Geely Holding Group, Eric Li Shufu; Pengarah Urusan DRB-HICOM, Dato’ Seri Syed Faisal Albar Syed A R AlbarDr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proto; serta Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Pengerusi DRB-HICOM dan ramai lagi kenamaan lain termasuk Ouyang Yujing, Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia dan ahli pengurusan kanan Kumpulan Geely.

Majlis turut dihiburkan oleh penyanyi tersohor, Dato Seri Siti Nurhaliza.




Pelancaran Proton X90 bukan sahaja menambah model ketiga kepada rangkaian SUV jenama yang terkemuka di pasaran, tetapi ia juga merupakan tawaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) syarikat. 

Model baharu ini dijana oleh enjin TGDi 1.5 liter yang juga merupakan pemenang anugerah yang dipadankan dengan sistem sinergi motor elektrik 48V, ia menjanjikan penjimatan penggunaan bahan api, pelepasan karbon yang lebih rendah, prestasi yang lebih baik dan pengalaman pemanduan yang lebih lancar. 

“Melangkah ke hadapan, misi kami untuk menyediakan penyelesaian mobiliti kepada pelanggan kami sambil membantu membangunkan industri automotif negara tidak berubah, tetapi kami akan meneroka segmen baharu yang sejajar dengan aspirasi kerajaan dan perubahan permintaan pengguna apabila pembeli mula beralih kepada NEV. Proton X90 adalah langkah pertama kami ke arah melaksanakan strategi baharu ini dan terdapat banyak lagi produk dalam perancangan kerana PROTON ingin meningkatkan kehadiran kami dalam segmen pasaran baharu yang menarik ini,” ujar Syed Faisal (gambar bawah) pada majlis pelancaran yang diadakan di MITEC Kuala Lumpur baru-baru ini. 



Menurut beliau, sambutan ulang tahun ke-40 merupakan detik penting bagi Proton dan merupakan peluang bagi syarikat untuk mengimbas kembali secara ringkas perjalanan selama ini sambil memandang pada masa depan. 

Sepanjang empat dekad yang lalu, sumbangan Proton boleh diukur bukan sahaja dengan jumlah jualan yang dicapai, tetapi juga dengan bilangan jurutera dan profesional yang mengambil bahagian, peluang pekerjaan yang disediakan, tambahan nilai kepada ekosistem dalam bentuk pembelian barangan tempatan, dan peningkatan keseluruhan terhadap ekonomi negara hasil aktiviti perniagaannya.

“Proton dan Geely telah melalui integrasi selama enam tahun, dengan perubahan besar dibuat dari segi R&D, pengilangan, kualiti, perolehan, serta jualan dan pemasaran. Ini telah membawa pertumbuhan dalam jumlah jualan dan pegangan pasaran untuk Proton, menempatkan syarikat dalam kedudukan nombor dua di Malaysia selama empat tahun berturut-turut dan ini mencatatkan kebangkitan semula jenama,” tambah Syed Faisal.


Anwar Ibrahim bersama dengan Eric Li memperlihatkan logo baharu pada Proton X90 yang dilancarkan baru-baru ini.


Berikutan pelancaran Proton X70 pada 12 Disember 2018, jualan telah meningkat daripada 64,744 unit pada tahun itu kepada 141,432 unit pada tahun 2022, angka terbaik yang dicapai sejak 2013. 

Trend menaik nampaknya akan berterusan apabila jualan bagi empat bulan pertama tahun 2023 mencapai 49,702 unit. 

Penambahan Proton X90 memberikan Proton tawaran SUV ketiga (selepas Proton X50), membolehkan ia mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama SUV terkemuka di Malaysia. 

Kemas kini bagi model lain juga akan dibuat tahun ini sebelum pelancaran pasaran tempatan bagi smart #1 pada suku keempat, yang akan menjadi tawaran pertama daripada Proton New Energy Technology (PRO-NET), anak syarikat kenderaan tenaga baharu Proton. 



Ditawarkan dengan empat varian iaitu Proton X90 1.5 TGDI BSG Standard yang dijual pada harga atas jalan tanpa insurans bermula RM123,800; Proton X90 1.5 TGDI BSG Executive (bermula RM130,800); Proton X90 1.5 TGDI BSG Premium (bermula RM144,800); dan Proton X90 1.5 TGDI BSG Flagship (bermula RM152,800).

Terdapat 4 pilihan varian dan 6 pilihan warna bagi model yang ditawarkan meliputi ‘Snow White’, ‘Armour Silver’, ‘Jet Grey’, ‘Cinnamon Brown’, ‘Ruby Red’ dan ‘Marine Blue’.



Tempahan bagi X90 telah pun dibuka pada awal April 2023 lalu, dan sebanyak empat varian ditawarkan iaitu Standard, Executive dan Premium – yang didatangkan dengan tujuh tempat duduk dalam bentangan 2-3-2, sementara varian tertinggi Flagship pula menerima enam tempat duduk dalam bentangan 2-2-2, dengan kerusi kapten pada barisan kedua menggantikan bangku biasa.

Sementara itu, lawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri ke Kilang Zeekr Intelligent di Hangzhou Bay pada bulan April lalu mengesahkan rancangan model NEV masa depan Proton berikutan pemeteraian Perjanjian Ketua (HOA) antara DRB-HICOM dan Geely yang menyasarkan untuk menarik RM32 bilion pelaburan bagi  pembangunan Automotive High Tech Valley (Lembah Teknologi Tinggi Automotif atau AHTV) di Tanjung Malim. 


13
15
0
8
0
You will be interested