Produk & Promosi 10 Aug, 2023

Kerjasama strategik umrah dan pelancongan! Emraz Group tandatangan MoU dengan Abu Sarhad Group!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Emraz Group (Emraz), kumpulan syarikat Emraz, telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Abu Sarhad Group (Abu Sarhad) bagi menjalin kerjasama strategik dalam pelbagai bidang termasuk umrah dan pelancongan. 

Abu Sarhad merupakan sebuah syarikat terkemuka di Arab Saudi yang mempunyai pengalaman selama lebih 40 tahun dalam industri pengangkutan, pembuatan dan juga penyedia serangkaian luas perkhidmatan termasuk umrah. 

Pemeterian MoU ini yang diadakan baru-baru ini di sebuah pusat perdagangan di Shah Alam disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Emraz, Datuk Dr. Zulkarnain Endut bagi pihak Emraz dan Saeed Omar Bahashwan, Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Umrah Abu Sarhad. 



Kerjasama strategik ini membolehkan Emraz dengan kerjasama Abu Sarhad menawarkan pengalaman menunaikan ibadah umrah tanpa diragui tentang tahap kualiti perkhidmatan dan penyediaan kemudahan sewaktu berada di Mekah atau Madinah. 

"Kami teruja untuk memulakan perjalanan luar biasa ini dengan Abu Sarhad yang dijangka mengendalikan keperluan 5,000 orang jemaah umrah Emraz ketika mereka menunaikan ibadah tersebut," kata Dr. Zulkarnain pada majlis ringkas memeterai MoU itu. 

Beliau menambah, kerjasama ini juga membuka peluang baharu kepada kedua-dua kumpulan syarikat untuk menerokai prospek perniagaan yang baharu bukan hanya antara Saudi Arabia dan Malaysia tetapi juga negara jiran seperti Indonesia. 

Dr. Zulkarnain berkata: “Kami akan memanfaatkan pengalaman, kepakaran, dan sumber daripada kedua-dua pihak untuk menambah baik kualiti perkhidmatan umrah dan mengangkat reputasi syarikat pada tahap lebih tinggi dalam industri.“ 

Sementara itu, Saeed Omar pula berkata, Abu Sarhad sebagai sebuah syarikat yang dikenali di Saudi Arabia gembira dapat menjalin kerjasama dengan Emraz, sekali gus bakal memberi manfaat bersama yang lebih besar pada masa akan datang. - KitaReporters/Kenyataan Media


14
11
0
11
0
You will be interested