Dr Ghazali Din (duduk tengah) pada Majlis Apresiasi UPSI - UNIGA bagi meraikan delegasi UNIGA sebelum berangkat pulang.
KUNJUNGAN delegasi Universitas Garut (UNIGA), Bandung, Indonesia ke Malaysia merupakan satu perkembangan positif untuk membuka ruang hubungan kerjasama dengan tiga universiti di negara pada masa depan.
Kehadiran 21 mahasiswa jurusan pendidikan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Management & Science Universty (MSU) itu dilakukan sebagai lawatan penanda aras di bawah pegawai pengiring Wakil Dekan III (Kemahasiswaan, Alumni dan Kerjasama), Dr H Yufi Mohammad Nasrullah dan Ketua Program Studi Pendidikan Guru Sekolah Dasar, Nurul Fatonah.
Dr
Ghazali Din menyampaikan cenderamata kepada Dr H Yufi Mohammad Nasrullah (kiri).
Ketika kunjungan ke Universiti Putra Malaysia (UPM), delegasi UNIGA disambut oleh Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Antarabangsa), Prof Madya Dr Nor Aniza Ahmad yang memberi taklimat mengenai pencapaian Fakulti Pengajian Pendidikan dan segala fasilitili yang ada.
Pada Januari depan (2025), katanya, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM yang melahirkan siswazah pendidik itu akan menyambut Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 pada 16 hingga 18 Januari 2025 yang menyaksikan pelbagai aktiviti diadakan antaranya Ekspo Pertanian, Hari Terbuka Fakulti, Persembahan Kebudayaan, Pertandingan Deklamasi Puisi dan banyak lagi.
Beliau berkata, kehadiran delegasi UNIGA memberi petanda positif ke arah kerjasama dalam pelbagai aspek pada masa akan datang antaranya program mobiliti pelajar.
Ketua Jabatan Pengajian Sukan UPM, Dr Borhannudin Abdullah turut hadir untuk sama mengiringi delegasi UNIGA melawat Bilik Tesis, Smart Class Room, gimnasium serta sebuah kawasan kolam yang dibina sempena sambutan 50 tahun fakulti berkenaan.
Dari UPM, delegasi UNIGA turut berkunjung ke Management & Science Universty (MSU) disambut oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Datin Dr Norhisham Mohamad.
“Saya berharap dengan lawatan UNIGA ke MSU ini maka hubungan kedua pihak akan lebih rapat dan pelbagai projek bersama boleh dirancang untuk dilaksanakan,” katanya.
Delegasi UNIGA juga berpeluang melawat sekitar kampus yang terdapat tiga menara, serta Fakulti Perubatan selain diberi taklimat di Fakulti Pendidikan.
Prof Norhisham Mohamad (berdiri tengah) bergambar kenangan bersama delegasi UNIGA.
Dr H Yufi Mohammad Nasrullah, berkata program mobiliti
pelajar yang kedua itu bukan hanya
sekadar program pertukaran mahasiswa semata-mata, namun di dalamnya terkandung
pengalaman budaya kerana dapat merasakan dan menikmati budaya baharu yang
memperluas wawasan pelajar.
“Kami juga berasakan peningkatan ketrampilan bahasa yang di
mana kita tinggal di negara asing memberikan kesempatan untuk berlatih langsung
dengan warga lokal yang dapat meningkatkan kemampuan bahasa secara signifikan.
“Selain itu, program berkenaan dapat meningkatkan hubungan
dan jaringan antarabangsa selain
pengembangan diri berikutan menghadapi persekitaran berbeda yang dapat
meningkatkan kemandirian, kepercayaan diri
dan kemampuan beradaptasi,” ujarnya.
Timbalan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Prof Madya
Dr Ghazali Din yang berucap pada majlis Apresiasi UPSI-UNIGA turut berpuas hati
dengan program yang berlangsung di universiti itu selama lebih 10 hari,
seperti melawat Smart Classroom di
Fakulti Pembangunan Manusia (FPM).
“Kunjungan UNIGA kali ini dari 3 hingga 12 Disember memberi makna besar dalam mengukuhkan hubungan kedua-dua universiti pada masa hadapan dengan pelbagai program lebih menarik,” katanya. - KitaReporters