Santai 07 Nov, 2019

JANGAN JADI TIN KOSONG, BUNYINYA KUAT TAPI..

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel: normalahamzah251@gmail.com

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. 
Kongsi minda, bersih jiwa.


Renungan.

Cakap besar?

Adakah kita dalam kalangan ini?

Harap tidak. Jangan jadi tin kosong.

Kadang-kadang digelar tin kosong kerana bunyinya sahaja kuat, isinya tak ada. Hampeh, kata orang.

Apabila melakukan sesuatu canangnya seluruh dunia, tapi apabila diberi amanah semuaya hanyalah lakonan semata-mata kerana bukan kemahiran mereka untuk mengurusnya.

Mereka orang yang tidak berilmu.


Orang yang cakap besar sebenarnya mahu dipandang macam orang yang pandai. Mereka hendak perhatian, bersikap sombong, riak, takbur dan suka bermegah-megah.

Mereka juga suka menunjuk-nunjuk kehebatan dirinya walaupun tidak sehebat manapun. Kalau di dalam majlis mereka cuba jadi hero atau heroin.

Lagak sahaja lebih.

Kata orang, cakap tak serupa bikin.

Kerja mereka mengarah, orang lain yang buat kerja.

Mereka takut pada bayang-bayang sendiri sehingga perlu bertindak macam orang bijak untuk mengalih perhatian orang lain kepada mereka.

Semua ada. Orang yang tahu akan jauhkan diri, yang terpengaruh terus jadi mangsa, dibuli.


Segera bertaubat dan kembali kepada realiti.

Jadi diri kita sendiri. Syukur dengan apa yang kita ada.

Tidak mengapa kita kurang daripada orang dalam hal dunia, asal kita lebih dalam soal akhirat. Orang hendak kata tak kira masa. Tak kira apa.

Untungnya mereka, kerana bijak mempengaruhi orang dengan kata-kata dan gaya mereka. .

Cakapnya tak mahu kalah.. Semua tahu.

Mengingatkan diri sendiri dan berkongsi pandangan, ayuh kita ubah cara hidup kepada yang lebih berhemah. Jujur dan amanah, ikhlas dan telus.


Ingatlah..

Tak baik perangai macam begini.

Jangan biar orang mengutuk kita kerana kebodohan sendiri daripada berlagak tetapi memakan diri. Sayangi diri, didik hati supaya menerima yang positif.

Kita yang perlu bersuara. Ubah perangai.

Kurang bercakap, lebihkan usaha. Akal guna, ilmu wajib ada.

Hati kita, dalam genggaman-Nya.

Selagi bernafas, masih belum terlewat untuk kembali sebagai hamba Allah yang bersih luaran dalamannya.

Kepada Allah kita berserah.


🌹❤️ Jangan seperti menepung tidak berberas.. Cakap bergegar tapi isinya kosong. Ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi. ❤️🌹



7
0
2
1
1
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago