Seni & Sukan 27 Nov, 2021

Gara-gara mahu berkahwin baharu! Suami palsukan sijil kematian isteri! Beri rasuah pegawai agama

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


GARA-GARA ditawarkan upah yang tinggi, seorang Ketua Pejabat Hal Ehwal Agama (Kantor Urusan Agama atau KUA) di daerah Petang, Indonesia kini dihadapkan ke mahkamah dan bakal dikenakan hukuman penjara berikutan terlibat kes pemalsuan surat kematian.

Kisah yang berlaku di Badung, Bali itu mula berpunca apabila seorang lelaki yang berusia 56 tahun dikatakan meminta KUA mengeluarkan sijil kematian terhadap isterinya bagi membolehkan dia berkahwin baharu.

Menurut portal suarabali.id, KUA tersebut ditawarkan upah berjumlah 1.5 juta rupiah (RM443) sebagai tanda kerjasama


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkahwinan


Pesalah bakal berdepan penjara dengan perbuatan yang dilakukannya sebelum dihantar ke penjara di Bali, Indonesia.


Kes itu bermula pada 2019 apabila lelaki itu bertemu dengan KUA tersebut untuk memintanya mengeluarkan sijil kematian palsu isterinya untuk berkahwin lagi walaupun isterinya masih hidup.

Ketua Peguam Negeri Bandung I, Ketut Maha Agung berkata, isteri lelaki itu masih hidup dalam keadaan sihat sehingga kini.

“Selepas semua dokumen dipalsukan, ketua pejabat agama itu menikahkan lelaki itu dengan kekasih baharunya dan dia menerima ganjaran wang tunai bernilai 1.5 juta rupiah (RM443) seperti yang dijanjikan," katanya.  


Kedua-dua pelaku ditahan dan disoal siasat pihak berkuasa Indonesia berikutan tindakan memalsukan sijil perkahwinan sebelum  diadili dan menerima hukuman masing-masing.


Namun ibarat kata pepatah Melayu, langit tidak selaunya cerah, perbuatan itu akhirnya dikesan isteri lelaki berkenaan dan mengaku kecewa dengan tindakan suaminya yang sanggup bertindak sedemikian semata-mata mahu berpoligami.

Wanita berkenaan kemudian bertindak balas dengan melaporkan perbuatan suaminya kepada polis.

Pihak polis kemudian menahan suaminya serta ketua pejabat agama tersebut ditahan untuk siasatan dan jika didapati bersalah, kedua-duanya bakal dihumban ke dalam penjara selama lapan tahun berikutan kesalahan yang dilakukan. -KitaReporters


9
6
0
13
0
You will be interested