Berita Terkini 09 Oct, 2019

SELEPAS 80 TAHUN, SYARIKAT UTUSAN MELAYU TUTUP KEDAI!!

@gamal nasir mohd ali
Seorang wartawan selama lebih 30 tahun selepas menyertai Utusan Melayu pada 1989. Bergelumang dalam bidang Online sejak 2000 dan kini mengendali KitaReporters dan UtusanPress. Emel: gamalnasir@gmail.com

Share this
SATU memorandum pekeliling bertajuk Pemberhentian Operasi Perniagaan Syarikat telah dikeluarkan oleh syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad hari ini (9 Okt 2019). Memorandum itu sekali gus mengesahkan bahawa syarikat Utusan Melayu menamatkan operasinya berkuat kuasa hari ini.

Gambar oleh https://malaysiagazette.com/


BERIKUT isi kandung penuh memorandum tersebut :

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad telah melalui tempoh perniagaan yang paling kritikal sejak mula beroperasi 80 tahun yang lalu. 

Keadaan syarikat semakin merosot selepas Mei 2018. 

Pelbagai usaha telah dilaksanakan dengan harapan untuk meletakkan syarikat kepada kedudukan yang lebih kukuh dan terjamin. 

Antara langkah yang diambil ialah menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang menyaksikan lebih 700 kakitangan melepaskan jawatan mereka. 

Ini merupakan pemberhentian kerja berskala besar yang terpaksa dilakukan bagi kelangsungan syarikat. 

Syarikat juga telah berusaha dengan menjual aset-aset syarikat dan kumpulan untuk menampung modal dan mendapatkan aliran tunai yang mencukupi. 

Namun edaran harian akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo yang semakin menurun dan sasaran RM4 juta iklan sebulan yang gagal dicapai menyebabkan aliran tunai Utusan semakin tenat. 

Bukan sahaja gaji pekerja gagal dibayar mengikut masa, malah hutang juga tidak dapat dijelaskan dan semakin tertunggak. Syarikat kini berhadapan dengan pelbagai tindakan perundangan daripada pemiutang–pemiutang. 

Sehubungan itu, Lembaga Pengarah Utusan telah pada 7 Oktober 2019 meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang (Creditors’ Voluntary Liquidation) dan seterusnya meluluskan pelantikan UHY Advisory (KL) Sdn Bhd sebagai Pelikuidasi Interim (Interim Liquidator). 

Langkah ini terpaksa diambil oleh kerana Lembaga Pengarah berpendapat bahawa Syarikat tidak lagi solven untuk meneruskan perniagaan. 

Oleh yang demikian, syarikat akan memberhentikan operasi berkuat kuasa pada Rabu, 9 Oktober 2019. 

Sehubungan dengan itu, tarikh akhir bekerja tuan/puan telah ditetapkan pada Rabu, 9 Oktober 2019 manakala tarikh akhir perkhidmatan ialah pada Khamis, 31 Oktober 2019. 

Tuan/puan diminta untuk mengemas tempat kerja, mengambil barang peribadi masing-masing dan mengembalikan semua peralatan dan harta syarikat termasuk kad akses dan kunci pejabat kepada Ketua Jabatan selewat-lewatnya pada jam 1 tengahari, Rabu, 9 Oktober 2019. 

Sekiranya terdapat keperluan tambahan, kebenaran masuk akan diberikan kepada kakitangan pada Khamis, 10 Oktober 2019 dari jam 9.00 pagi sehingga jam 6.00 petang. 

Selepas daripada waktu ini, akses ke pejabat akan dihadkan kepada kakitangan tertentu sahaja. 

Kelayakan Tuan/ Puan untuk faedah penamatan kerja adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan ini akan dikendalikan oleh pihak pelikuidasi. 

Satu taklimat kepada semua kakitangan daripada pihak pelikuidasi akan diadakan pada jam 3.00 petang, Rabu 30 Oktober 2019 di Dewan Besar Utusan. 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan ketika sesi taklimat ini berlangsung. 

Surat makluman kepada semua kakitangan akan diedarkan bermula hari ini. 

Sekian, harap maklum. 

DATO’ ABD AZIZ SHEIKH FADZIR 

Pengerusi Eksekutif 

0
2
4
1
1
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago