Politik & Negara 25 Jul, 2021

Berita Terkini| Isu pertukaran guru! KPM kini fasa akhir penelitian! Pendekatan lebih efisien!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Guru duka-lara” yang memohon pertukaran boleh menarik nafas lega apabila isu permohonan pertukaran kini dalan fasa akhir penelitian Kementerian Pendidikan (KPM).


KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) kini berada dalam fasa akhir meneliti pendekatan yang lebih efisien dan menyeluruh berhubung dasar pertukaran guru.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kementeriannya sedar isu permohonan pertukaran guru telah berlarutan bertahun-tahun lamanya.

“Dari pagi tadi saya meneliti dokumen dan juga berbincang berkaitan hal pertukaran guru ini. Insya-Allah, KPM akan terus ikhtiarkan yang terbaik demi masa depan pendidikan anak-anak generasi pewaris negara,” katanya seperti dipetik oleh Bernama pada 25 Julai 2021.

Tegas beliau perkara yang penting dalam menimbang permohonan pertukaran guru ini adalah memastikan pembelajaran murid tidak terjejas.

"Ini bermaksud kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran di negeri dan tempat yang dimohon merupakan pertimbangan utama,” katanya.

Pada 2019, dilaporkan terdapat kira-kira 23,000 permohonan pertukaran guru termasuk guru duka lara melibatkan sekolah rendah dan menengah.

Daripada jumlah itu, hanya 2,245 permohonan diluluskan. - KitaReporters


SABAR... KPM kini dalam penilitian akhir meneliti pendekatan yang lebih efisyen. - Kredit Foto: The Sundaily.my

0
0
0
0
0
You will be interested