SELEPAS dua bulan, pada Isnin, 4 Mei 2020, hampir 4.5 juta warga Itali kembali ke tempat kerja sebaik sahaja kerajaan negara itu membatalkan beberapa sekatan perintah berkurung (lockdown) yang paling ekstrem pernah dilakukan bila negara itu teruk diserang wabak Covid-19. : KitaReporters.com
Pengguna komuter memenuhi stesen di Milan pada 4 Mei 2020. - Kredit gambar: Claudia Furlan/AP
Itali dilaporkan kembali cerita apabila pusat peranginan dan tumpuan pelancong sudah mula dikunjungi, anak-anak muda bersiaran dan duduk berduaan di kerusi taman bunga dan polis berterusan meronda.
Pihak berkuat kuasa di lokasi seperti lapangan terbang Juga kekal berjaga-jaga.
Sektor pembinaan, pemborongan dan sesetengah syarikat pengeluaran sudah mula memanggil balik pekerja masuk pejabat minggu ini, demikian laporan wartawan NPR Itali, Sylvia Poggioli yang turut melaporkan negaranya, tangga kedua selepas Amerika Syarikat, kehilangan hampir 30,000 rakyatnya dan lebih 213,000 yang lain disahkan positif dijangkiti, setakat Selasa, 5 Mei 2020.
Dalam laporannya yang memetik data dari Universiti Hopkin mengenai angka kematian dan dijangkiti itu, Itali yang sebelum ini terkenal dengan bandar raya air di Venice dan Milan, ibu kota fesyen dunia itu tiba-tiba lenggang selepas diserang oleh pandemik itu.
Di luar China, Itali menjadi negara pertama `mangsa` Covid-19.
Bilangan kes kematian di Itali tinggi kerana purata penduduk umur tuanya ramai berbanding orang muda.
Wabak Covid-19 didapati menyerang penafasan dan orang tua cepat mati.
Kerajaan Itali kemudian mengenakan perintah berkurung pada 9 Mac 2020 dan doktor dari China dan Israel segera datang membantu apabila berpuluh-puluh ribu mayat terbiar di rumah pengurusan jenazah memaksa askar dipanggil untuk masuk campur menyelesaikannya.
Malah ada laporan mendakwa pengurusan hospital terpaksa membuat keputusan menghentikan bantuan alat pernafasan kepada pesakit berumur 80 tahun ke atas akibat tidak cukup sebagaimana dibuat oleh doktor di hospital China untuk memberi peluang kepada mangsa yang umur lebih muda hidup.
Poggioli melaporkan sebahagian aspek kehidupan Itali kian menjadi normal.
Restoran sudah dibuka semula walaupun makanan kena dibawa balik. Taman bunga dibuka dengan pengunjung perlu membuat penjarakkan sosial.
"Ada yang gembira dan bimbang kerana pembukaan semula pejabat itu memerlukan kerja banyak.
"Penduduk juga beri perhatian kepada setiap keputusan itu membabitkan risiko kesihatan, kesejahteraan fizikal dan soal ekonomi keluarga," kata Poggioli.
Kerajaan masih terus menguat kuasa garis panduan untuk penjarakkan sosial dan setiap warga juga kena membawa dokumen yang menyatakan tujuan mereka keluar rumah.
The Associated Press melaporkan Perdana Menteri, Giuseppe Conte minggu lalu membenarkan rakyatnya melawat saudara mara atau "congiunti", sekitar kawasan kampung.
Agensi itu kemudian menjelaskan laporan yang dimaksudkan oleh Conte, "congiunti" itu membabitkan sesiapa saja dari keluarga, saudara mara dan kaum kerabat yang ada ikatan`hubungan kasih sayang.`
Conte juga dalam kenyataan dalam Facebooknya mengingatkan rakyatnya supaya bertanggungjawab ketika musim reda Covid-19, bimbang wabak itu menular semula apabila meremehkan aspek kesihatan.
"Masa depan negara pada tangan kita. Kita perlu lebih bekerjasama, kesedaran sivik dan patuhlah perintah yang dikenakan ke atas semua orang," kata Conte. - KitaReporters.com