Alam & Sains 25 May, 2021

Berita Terkini! AstraZeneca bagi individu di bawah 60 tahun dibuka 26 Mei! Mulai 12 tengah hari!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Sidang media Khairy Jamaluddin Abu Bakar (kanan) bersama Dr Adham baba turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Khairy Jamaluddin


PUSINGAN kedua bagi pendaftaran tempahan vaksin Covid-19  jenis AstraZeneca akan dibuka kepada individu berusia 60 tahun ke bawah bermula jam 12 tengah hari, 26 Mei 2021 di https://www.vaksincovid.gov.my/.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sewaktu sidang media Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) pada 25 Mei 2021 di Putrajaya bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menurut beliau, bagaimana pun keutamaan diberi terlebih dahulu kepada mereka yang berada di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Kuching dan Miri, Sarawak.

"Kita akan beri keutamaan kepada warga emas pada hari ini dan esok serta beri keutamaan pada Program Imunisasi Covid-19  Kebangsaan (PICK) melalui janji temu pada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) biasa.

"Bagi mempercepatkan slot janji temu pusingan kedua vaksin AstraZeneca, kita akan buka esok (26 Mei 2021) kepada orang ramai," katanya. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested