Alam & Sains 14 Oct, 2020

PKPB: Pulang ke kampung! Penduduk risau ada kluster baharu!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

TINDAKAN ramai individu di Lembah Klang melarikan diri dan keluarga dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan pulang ke kampung seperti Kelantan bukan sahaja merisaukan penduduk tempatan, malah pihak berkuasa juga terpaksa mengambil beberapa langkah perlu bagi mengekang penularan COVID-19 di negeri terbabit. : KitaReporters 

Pintu masuk ke Kelantan memalui Gua Musang


Negeri Kelantan yang mempunyai ramai warga negeri tersebut yang tinggal di Lembah Klang kini berhadapan dengan kebanjiran pulang rakyat perantau negeri itu yang tidak mahu hidup dalam suasana PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor

Pelaksanaan PKPB di Lembah Klang berkuat kuasa hari ini, Rabu 14 Oktober 2020 menyebabkan ada individu membuat keputusan untuk pulang ke negeri asal dan tinggal bersama keluarga di kampung halaman masing-masing. 

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) yang mengambil maklum perkara itu sudah membuat beberapa garis panduan kepada mereka yang pulang ke kampung dengan mengikut arahan jabatan berkenaan bagi mengelak ke COVID-19 meningkat di negeri itu.

Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin


Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, susulan pengumuman kerajaan melaksanaan  PKPB tersebut mengakui kemungkinan ramai individu akan keluar dari kawasan terbabit, sebahagian besar mungkin akan menuju ke Kelantan. 

Sehubungan itu, katanya Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) meminta orang ramai yang akan menerima kepulangan ahli keluarga dari Lembah Klang supaya menasihat ahli keluarga yang baru pulang supaya menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari sebelum bergaul rapat dengan ahli keluarga yang lain.

Malah, sekiranya dapat disediakan homestay dan tempat tinggal sesuai, ia lebih baik dan sesuai kepada mereka terbabit. 

Kenyataan Media Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

“Sekiranya mereka terpaksa serumah, asingkan ke dalam bilik berasingan yang  mempunyai kemudahan bilik air. Makanan dan minuman hendaklah dihantar ke bilik tersebut,” katanya dalam satu satu kenyataan media pada 13 Oktober 2020. 

Dr Zaini berkata, dalam tempoh 14 hari mereka tidak dibenarkan menziarahi ahli keluarga yang lain, tidak boleh pergi ke pusat beli belah, masjid dan kedai makan.

Bagaimanapun, katanya, pihak JKNK tidak boleh menghalang mereka yang pulang dari Lembah Klang, kita mampu mengambil langkah-langkah perlu bagi mengelak risiko  penularan jangkitan COVID-19 kepada ahli keluarga tersayang. 

Pintu masuk ke Kelantan melalui Terengganu di Kampung Bukit Yong, sempadan Kelantan/Terengganu 


Sementara itu, laluan pintu masuk ke Kelantan melalui Kuala Lipis, Pahang menerusi Gua Musang dan Laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) diaporkan banyak kenderaan merentasi kedua-dua negeri terbabit yang dipercayai ingin pulang ke Kelantan.  

Trafik di jalan utama Kuala Lipis-Gua Musang dan Kuala Krai meningkat mendadak sejak petang semalam selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk dikuatkuasakan mulai hari ini, Rabu14 Oktober 2020. - KitaReporters

1
0
3
0
0
You will be interested