Alam & Sains 19 Apr, 2020

MAINAN SEKS LAKU KERAS SEJAK LOCKDOWN DI UK

@makasom ab halim
Memulakan kerjaya dengan Bacaria dari 1986 hingga 1997, Penyunting Eksekutif Harian Metro hingga 2020. Penterjemah rencana dari akhbar Indonesia.

Share this

BANYAK perlu dikorbankan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. Tidak dinafikan, semua pihak terjejas akibat pandemik yang melanda hampir di seluruh dunia ini dan terasa bebannya terutama apabila perintah berkurung (lockdown) dilaksanakan. Tapi, lain ceritanya dengan syarikat pengeluar mainan seks di United Kingdom. : KitaReporters

Kredit foto: Mirror


Sebuah syarikat pengeluar mainan seks di United Kingdom ini menerima permintaan semakin tinggi berikutan peningkatan pengunjung ke laman lucah.

Memetik laporan portal Mirror, lonjakan permintaan dalam talian dan penjualan hampir dua kali ganda sejak tempoh duduk di rumah ini bukanlah perkara mengejutkan.

Mana tidaknya, banyak laporan menunjukkan tempoh pengasingan diri ini menyebabkan ramai tidak mendapat kepuasan seks. 

Menurut Joe Silver dan James Pearson yang mengendalikan syarikat Olivia Ocean, lonjakan permintaan menyebabkan mereka begitu sibuk dengan proses penghantaran kepada pelanggan.

Kredit foto: Mirror


Bercakap kepada Mirror Online, Joe mendedahkan walaupun memperoleh keuntungan berkali ganda, banyak stok kehabisan bekalan dan mereka tidak bersedia berdepan deengan situasi ini.

Pada minggu pertama sahaja, jualan syarikat itu meningkat 38 peratus, di mana mereka berjaya menjual hampir 5,000 produk pada awal bulan April berbanding 1,500 pada kebiasaannya. - KitaReporters

0
2
0
0
1
You will be interested