KETIKA seluruh rakyat Terengganu menyambut kegembiraan pengumuman keputusan Kerajaan Pusat menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seluruh negeri itu berkuat kuasa pada 21 November 2020, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan berita empat kes baharu positif COVID-19 direkodkan di negeri berkenaan. : KitaReporters
Pusat Kuarantin Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Marang, Terengganu ditutup pada 20 November 2020.
Lagi kisah-kisah berkaitan JKNT:
https://kitareporters.com/search?search=jknt
Ini berlaku selepas tujuh hari Terengganu tidak melaporkan sebarang kes baharu COVID-19 dengan harapan ia kekal mendatar, dan dijangkakan pada 22 November 2020 Terengganu akan menjadi hijau sepenuhnya.
Terengganu dikejutkan dengan empat kes baharu COVID-19, sekali gus turut mengejutkan penduduk negeri tersebut.
Malah, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut berkongsi kegembiraan dengan keputusan Kerajaan Pusat menamatkan pelaksanaan PKPB lebih awal bagi negeri ini.
Perkara itu dizahirkan sendiri oleh Dr Samsuri menerusi hantaran Facebook miliknya sambil mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara kerana mempertimbangkan permintaan rakyat Terengganu menamatkan PKPB lebih awal berbanding tarikh sebenar pada 6 Disember 2020.
Catatan terima kasih dari Menteri Besar Terengganu menerusi Facebook miliknya
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr Nor Azimi Yunus berkata, hal ini tidak mustahil kerana untuk kekalkan sifar kes agak sukar mengambil kira peningkatan kes kerana negara kini mencapai sehingga empat angka.
Katanya, aktiviti rentas negeri dan kemasukan rakyat dari zon merah masih berlaku atas alasan tertentu yang dibenarkan. Justeru bila-bila masa akan ada kemasukan virus COVID-19 ke Terengganu sama ada secara sedar atau tidak sedar.
Dr Noor Azimi Yunus
Beliau berkata, empat kes terbaharu yang direkodkan pada 20 November 2020 adalah dari satu keluarga yang merupakan kes import B (punca jangkitan dari luar negeri).
“Untuk kes terbaharu ini, pihak JKNT akan mengesan seramai individu terbabit dan secepat mungkin semua kontak rapat bagi membendung ia menjadi tidak terkawal.”katanya.
Katanya, selepas Kluster Makekar berjaya dikawal, rutin kerja mengesan kontak rapat, buat saringan, asingkan dan bagi rawatan akan bermula lagi dengan pengesanan kes baharu ini. “Jika tiada lagi penambahan kes baharu (kita berharap begitu), Terengganu akan hijau pada 22 November 2020 sebab kes baharu adalah kes import,” katanya.
Status jes COVID-19 di Terengganu pada 20 November 2020
Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa negeri telah menutup Pusat Kuarantin Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) di Marang pada 20 November 2020 dan diletakkan di bawah standby mode dan boleh diaktifkan pada bila-bila masa sekiranya perlu selepas tiga Person Under Surveillance (PUS) atau Individu Di bawah Pengawasan terakhir dibenarkan pulang.
Dr Nor Azimi (kanan) turun padang melawat Jabatan Penjara Marang bagi meninjau keadaan COVID-19 di premis tersebut.
Ketiga-tiga PUS berkenaan telah tamat tempoh pengawasan dan pemerhatian bagi kontak rapat kepada kes COVID-19 dan simbolik pemotongan wristband telah disaksikan oleh Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.
Hadir sama Pegawai Kesihatan Daerah Marang Dr Tan Sin Yew dan Pengarah BTPN Wan Mohd Zuhaidi bin Wan Hasan. - KitaReporters