Alam & Sains 04 Oct, 2020

Penduduk kian bimbang! 9 kes baharu COVID-19 di Terengganu!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

KEBIMBANGAN penduduk Terengganu terhadap penularan wabak COVID-19 semakin memuncak apabila sembilan kes baharu yang dilaporkan berlaku di Terengganu pada 3 Oktober 2020. Sembilan kes terbabit masing-masing membabitkan daerah Besut sebanyak lima kes, Dungun tiga kes dan Kuala Nerus satu kes. : KitaReporters

Pintu gerbang di sempadan Kelantan/Terengganu di Kampung Bukit Yong - Gambar hiasan


Lagi cerita-cerita berkaitan COVID-19:

https://kitareporters.com/search?search=covid-19


Tular dalam media sosial netizen merakamkan beberapa gambar dan video pergerakan ambulans yang dikatakan datang ke rumah suspek di beberapa kampung dipercayai mengambil mangsa COVID-19.

Kehadiran petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tersebut mengesahkan syak wasangkan penduduk apabila pihak kementerian mengeluarkan kenyataan berhubung pertambahan kes baharu di negeri ini. 

Gambar yang tular dalam media sosial memperlihatkan petugas KKM datang ke rumah pesakit COVID-19 di sebuah kampung di Besut.


Grafik oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengenai taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Terengganu



Malah, KKM juga mengesan tiga kes di Terengganu yang dua adalah saringan kontak rapat dan satu lagi pulang dari Sabah.

Terengganu mencatatkan sembilan lagi pertambahan kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini iaitu negeri ketiga mencatat kes baharu terbanyak selepas Selangor dan Kedah bagi Semenanjung. Malaysia.

Pertambahan kes baharu itu, sekali gus menjadikan kes aktif atau kes sedang dirawat keseluruhan di negeri ini meningkat kepada 20 kes. 


Bilangan kes COVID-19 mengikut negeri pada 3 Oktober 2020


Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut mengesahkan kesemua kes itu melibatkan warganegara iaitu tujuh daripadanya saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi Sabah yang kesemuanya membabitkan warganegara.

Manakala satu kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11,477 yang melibatkan warganegara dan  kes saringan di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa) yang juga  melibatkan warganegara. 

Sehubungan itu, KKM mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dengan mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka semasa berada di tempat awam, elakkan kawasan yang sesak, elakkan kawasan yang sempit dan elakkan bertutur atau bersembang dengan jarak yang dekat. - KitaReporters

 Hospital Besut - Gambar hiasan


3
4
6
0
0
You will be interested