Alam & Sains 24 Nov, 2020

Helo Amazon UK! Tempah PS5 tapi dapat gandum, makanan kucing

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

PROSES pembelian hari ini semakin mudah, tidak lagi perlu ke kedai untuk melihat barangan yang diidam sebaliknya dengan satu klik sahaja, anda boleh terus memilikinya melalui melalui tempahan dalam talian yang boleh dilakukan di mana-mana seluruh dunia. Tidak perlu bersesak lagi di luar rumah untuk memiliki sebaliknya hanya perlu menunggu di rumah sahaja dan barangan akan dihantar terus di hadapan rumah. Canggihkan dunia hari ini! Tetapi... : KitaReporters



Lagi kisah-kisah pembelian online:

https://kitareporters.com/search?search=pembelian+online


Namun jangan terpedaya dengan kecanggihan itu walaupun memudahkan pelanggan tapi masih lagi berlaku ketirisan apabila berlaku kes kecurian dan penipuan melibatkan pembelian dalam talian.

Kisah sama berlaku kepada seorang pelanggan syarikat perniagaan dalam talian, Amazon yang terlalu kecewa apabila barangan yang ditempah ‘ditukar’ dengan barangan lain.


Permainan konsol terbaharu keluaran Sony, PlayStation 5, yang sepatutnya diterima pelanggan selepas membuat tempahan di Amazon. Kredit foto gamerant.com


Memetik Metro.co.uk, seorang pelanggan @iamadamsullivan membuat tempahan PlayStation5, namun sebaik sahaja membuka bungkusan dia terkejut kerana barangan yang ditempah itu ‘digantikan’ dengan barangan lain. 

Lebih menyedihkan barangan yang diterima itu harganya jauh lebih murah iaitu kampit gandum dan makanan kucing.

Alamak!!! Ni dah melampau, yang ditempah lain, dapat yang lain! 


BARANGAN yang 'ditukar' dengan PS5 yang ditempah seorang pelanggan menerusi  perkhidmatan perniagaan dalam talian, Amazon. - Kredit foto Twitter @iamadamsullivan.


Pelanggan yang tidak bernasib baik itu kemudian menyuarakan kekecewaan yang dialami dalam media sosial Twiiter miliknya. Malah sangat mengejutkan apabila ramai pelanggan Amazon berkongsi pengalaman sama yang berlaku kepada mereka.

Lebih menyedihkan, ada pelanggan yang mengakui menerima notifikasi daripada syarikat perniagaan berkenaan yang menyatakan barangan tempahan mereka sudah diterima sedangkan pemilik langsung tidak menerima. 



Situasi getir itu menyebabkan pihak Amazon menjadi kelam kabut dan kini sedang melakukan siasatan selain tidak menolak kemungkinan berlaku kecurian barangan berkenaan sebelum dihantar ke pemilik sebenar.

Seorang jurucakap Amazon berkata, pihaknya kini sedang melakukan siasatan dan berjanji akan menangani masalah itu dengan segera. 



Malah, orang ramai yang berdepan masalah itu perlu segera menghubungi pasukan khidmat pelanggan syarikat berkenaan.

Teknologi dah canggih tapi mentality manusia belum sampai ke tahap itu.

Semoga pelaku dapat dikesan dengan segera oleh pihak pengurusan Amazon. - KitaReporters

3
2
0
1
2
You will be interested