Alam & Sains 14 Jun, 2020

Mall di Jakarta guna 'touchless button'! Power gila dong!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

SEJAK dunia dilanda pandemik COVID-19, pelbagai Prosedur Operasi Standard (SOP) telah diperkenalkan oleh pihak berwajib yang wajar diikuti oleh orang ramai bagi mengelak penularan wabak ini terus merebak. Jika dilihat, pergi ke mana-mana sahaja seperti kedai makan mahupun pusat beli belah, kebanyakan hampir sama SOP mereka. Tapi jangan terkejut negara jiran kita pula sedikit berlainan alat SOP yang digunakan. : KitaReporters

Kredit video Dante 


Sebuah pusat beli belah di Senayan City, Jakarta, Indonesia telah memperkenalkan sistem SOP yang boleh dikatakan agak maju berbanding di tempat lain.  

Wow, grand banget dong!!!

Jika anda sudah menonton video itu, teknologi digunakan itu sangat bagus. 

Dalam video itu, 7 SOP telah ditetapkan dan orang ramai wajib ikutinya!!! 

Ada beberapa teknologi dan SOP yang digunakan itu juga sudah ada di beberapa pusat beli belah di Malaysia. 

Malaysia pun powerla!!! Bukan beshe-beshe ok!!!! 









Paling tertarik adalah pusat beli belah itu menggunakan 'touchless button' atau butang tanpa sentuhan

Jika anda mahu naik atau turun hanya perlu dekatkan tangan dan pengesan sensor akan bertindak balas. 

Ini satu perkara yang bagus untuk orang ramai kerana ia dapat mencegah penularan wabak COVID-19 melalui sentuhan. 

Nampak power tapi mahunya alat sensor itu jem, pakat naik atau turun guna tangga la. 

Satu lagi yang tertarik adalah alat UV-C Sterilizer untuk membersihkan sudu dan garpu bagi memastikan kebersihan serta keselamatan pengguna lebih baik. 

Terbaik!!! Tahniah!!! 

Tak semua tempat titik beratkan perkara ini. 

Teknologi ini akan berkuat kuasa pada 15 Jun 2020 dan kepada orang Indonesia. 

Semoga anda terus mematuhi SOP yang ditetapkan agar negara anda juga bisa menang lawan COVID-19. - KitaReporters

1
1
0
0
0
You will be interested