Alam Canggih 15 Apr, 2021

Berita Terkini| Rentas negeri dibenarkan! Berkuat kuasa serta merta! Hanya untuk suntik vaksin!

Share this

Khairy Jamaluddin (duduk tengah) beramah mesra dengan sebahagian penerima vaksin ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin di Dewan Majlis Bandaraya Seremban pada 15 April 2021. - Kredit foto: Utusan Online


KERAJAAN memberi kebenaran merentas negeri kepada mereka yang ingin membawa ahli keluarga atau tanggungan bagi tujuan janji temu penerimaan vaksin Covid-19, berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memberi kebenaran kepada mereka yang terbabit.

"MKN bersetuju kebenaran merentas negeri diberikan kepada mereka yang ingin membawa tanggungan ke janji temu bagi penerimaan vaksin, sebagai contoh, ada anak di Kuala Lumpur ingin membawa ibu bapa atau ahli keluarga warga emas ke Negeri Sembilan bagi janji temu vaksin dan ini dibenarkan.

"Kita bagi kelonggaran kepada waris atau ahli keluarga yang ingin balik ke kampung asal untuk janji temu penerimaan vaksin itu," katanya  seperti dipetik oleh Berita Harian di Negeri Sembilan, pada Khamis 15 April 2021.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke pusat pemberian vaksin Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban.

Tegas Khairy mereka yang terlibat hanya perlu menunjukkan surat janji temu itu kepada pihak berkuasa di sempadan negeri.

Dalam masa sama, Khairy berkata, MKN perlu mengkaji semula beberapa kelonggaran yang diberikan kepada orang ramai apabila beberapa vaksin tidak efektif melawannya dan menyebabkan kadar penularan meningkat.

“Ini pandangan saya, kita patut mengkaji semula beberapa kelonggaran yang telah diberikan. Apabila varian ini tersebar, beberapa vaksin tidak efektif melawannya dan kadar penularan akan meningkat.

“Gelombang keempat akan lebih teruk berbanding gelombang ketiga, kita tengok minggu lepas, kita telah hampir berjaya menurunkan gelombang ketiga tetapi beberapa hari lalu meningkat semula.

"Saya amat bimbang kerana ini akan memberi kesan kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” katanya yang dipetik oleh  Utusan Online. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


Rakyat yang terlibat hanya perlu tunjukkan surat janji temu kepada pihak berkuasa di sempadan negeri. - Kredit foto: SInar Harian. 

You will be interested

Berita Terkini| Arab Saudi jangka benarkan ibadat haji 1442H! Tapi dengan syarat khas, ketat!

Arab Saudi dijangka benarkan ibadat haji tahun 1442H/2021M tetapi dengan beberapa syarat khas, ketat bagi lindungi jemaah daripada penularan pandemik Covid-19

Berita Terkini| Penggunaan katil ICU di hospital Pulau Pinang capai 100%! Bukan ICU lebih 70%!

Penggunaan katil Covid-19 di wad ICU di Pulau Pinang telah capai 100% manakala bagi bukan ICU melebihi 70%. Catat 1,682 kes Covid-19 pada 2 hingga 8 Mei 2021
News Editor 1 in Alam Canggih 8 hours ago

Berita Terkini| PKP 3.0: Moratarium tak dilaksanakan - BNM! Tapi bank tawar bantuan pembayaran!

Moratarium menyeluruh secara automatik tidak dilaksanakan dalam tempoh pelaksanaan PKPK ketiga (PKP 3.0) ini tapi bank akan terus tawarkan bantuan bayaran balik
News Editor 1 in Alam Canggih 9 hours ago

Polis Terengganu sediakan 150 pasukan, 1,000 petugas! Bagi pantau SJR dan sambutan Aidilfitri!

Polis Terengganu tambah pasukan pemantau kepada 150 berbanding 135 sebelum ini, babitkan 1,000 petugas termasuk polis, tentera, RELA bagi pantau rentas negeri
Mohammad Ishak in Alam Canggih 23 hours ago

Berita Terkini| Kerajaan laksana PKP seluruh negara sekali lagi! PKP 3.0! 12 Mei - 7 Jun 2021!

Kerajaan putuskan untuk laksanakan PKP di seluruh negara sekali lagi mulai 12 Mei hingga 7 Jun 2021 ekoran trend peningkatan kes harian Covid-19 yang bertambah
News Editor 1 in Alam Canggih 1 day ago