SELEPAS hampir seminggu Terengganu tidak mencatatkan kes baharu COVID-19, hari ini, Ahad 18 Oktober 2020 terdapat pertambahan dua kes positif dikesan di negeri tersebut. Daerah Kuala Nerus dan Besut dilaporkan masing-masing menyumbang satu kes menjadikan jumlah keseluruhan 162 kes dengan 24 kes aktif. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan Dr Nor Azmi:
https://kitareporters.com/search?search=Dr+Nor+Azimi+
Dua kes yang dikesan di daerah terbabit ialah Mukim Tepoh (Kuala Nerus) dan Mukim Pelagat di Besut.
Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus, berkata kali terakhir dilaporkan ialah Ahad lalu, iaitu sebanyak 157 kes, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 162 kes dengan 24 kes aktif.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus
Katanya, seramai 160 individu dalam perhatian dan mereka sedang menjalani proses kuarantin di empat pusat kuarantin masing-masing di Kemaman, Besut, Marang serta Kuala Nerus.
"Seramai 24 individu kini sedang
menjalani rawatan di hospital, " katanya melalui kenyataan hari ini, 18 Oktober 2020.
Dr Nor Azimi berkata, sehingga ini sebanyak
137 kes sudah sembuh, manakala satu kes meninggal dunia sejak penularan wabak
berkenaan pada Februari 2020 lalu.
Beliau berkata, pecahan mengikut daerah pula Dungun mencatat kes tertinggi dengan 50 kes, diikuti Besut (48), Kuala Terengganu (27), Kuala Nerus (16), Kemaman (9), Setiu (8), Marang (4), manakala Hulu Terengganu kekal tiada kes.
Grafik yang dikeluarkan oleh CPRC menunjukkan status COVID-19 mengikut Mukim di Terengganu sehingga 18 Oktober 2020
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dengan mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka semasa berada di tempat awam, elakkan kawasan yang sesak.
Selain itu, katanya orang ramai juga perlu mengelakkan berada di kawasan yang sempit dan ramai serta elakkan bertutur atau bersembang dengan jarak yang dekat. - KitaReporters