Alam & Sains 11 Oct, 2021

Program Outreach Pekerjaan Terengganu! Tawarkan isi 800 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


WARGA Terengganu diberi peluang untuk mengisi 800 kekosongan jawatan menerusi Program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Terengganu dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan penduduk negeri itu terutama golongan penganggur.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, program 'outreach’ selama dua sudah bermula di Besut pada Isnin 11 Oktober 2021.

Katanya, program peringkat negeri yang julung kalinya diadakan secara bersemuka yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntong, Jertih itu menyasarkan 200 orang pencari kerja di daerah tersebut hadir dalam sesi temu duga.

Beliau berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama  syarikat Panasonic Appliances Air-conditioning Malaysia Sdn Bhd (PAPAMY) memerlukan 800 pekerja baharu dalam kalangan rakyat negeri ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pekerjaan


Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman


“Sehingga kini seramai 33 orang telah ditemu bual dan daripadanya 25 orang telah diterima kerja dengan dua orang lagi telah bermula kerja di kilang bertempat di Shah Alam, Selangor bersama syarikat gergasi teknologi Jepun tersebut.

“Sesiapa yang berjaya memenuhi kekosongan itu juga bakal menikmati elaun mobiliti sehingga RM1,000, penginapan dan pengangkutan percuma dan manfaat-manfaat lain.

“Sambutan melalui media sosial juga amat memberangsangkan dengan kebanyakkan pencari kerja tidak mengetahui insentif ‘one-off’ yang dijalankan oleh kerajaan bagi memudahkan mereka,” kata Mohd Nurkhuzaini ketika merasmikan program tersebut pada hari ini, Isnin 11 Oktober 2021.


Antara pencari kerja yang menghadiri sesi temu duga pada program Outreach di Dewan MDB Gong Kemuntong, Jertih


Turut hadir, Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO, Datuk Mohd Sahar Darusma dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC), Aminuddin Omar.

Mohd Nurkhuzaini berkata, antara objektif lain penganjuran tersebut bagi memberi maklumat mengenai insentif PEMULIH yang disediakan oleh kerajaan kepada para pencari kerja.

“Di samping menggalakkan mereka mencari pekerjaan secara aktif, ia turut memberi rakyat peluang untuk mendaftar dan melibatkan diri dalam program pekerjaan yang melayakkan mereka mendapat manfaat daripada insentif ini,” katanya.

Terdahulu, T-HRDC telah menandatangani Memorandum Persefahaman kerjasama dengan PAPAMY pada 23 September 2021 dengan persetujuan bagi menghebah peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu. - KitaReporters


Mohd Nurkhuzaini bertanya khabar kepada seorang peserta yang hadir pada sesi temuduga 

11
16
1
12
1
You will be interested