Alam & Sains 15 Apr, 2021

Berita Terkini| Tiada perancangan PKP menyeluruh! Hanya di lokasi yang mempunyai peningkatan kes

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Perintah kawalan Pergerakan (PKP) bersasar itu hanya memastikan penularan Covid-19 dibendung dan gangguan perniagaan dapat diminimumkan. - Kredit foto: Ismaweb.com


KERAJAAN tidak mempunyai perancangan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh buat masa ini, sebaliknya hanya dilaksanakan di lokasi tertentu yang mempunyai kes yang tinggi.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PKP bersasar itu hanya untuk memastikan penularan Covid-19 dapat dikawal, gangguan perniagaan dapat diminimumkan dan kemampanan ekonomi dapat dicapai

“Kerajaan memberi jaminan akan menerapkan langkah sesuai untuk mencapai keseimbangan antara melindungi nyawa dan kehidupan rakyat yang terjejas dengan Covid-19.

“Buat masa ini kita lakukan apa yang perlu untuk menghidupkan semula ekonomi dan mengembalikan pekerjaan kepada rakyat, seperti yang dikatakan, saya harus mengakui dan menghargai peranan penting diambil oleh sektor swasta dalam memerangi wabak ini terutama ketika PKP," katanya di Kuala Lumpur, pada Khamis 15 April 2021.

Dalam masa sama, beliau berharap komuniti perniagaan termasuk individu akan terus melaksanakan peranan penting dalam mengurus dan membendung wabak kerana ia adalah tanggungjawab bersama.

"Justeru, saya sekali lagi menekankan peranan industri adalah penting untuk mencapai matlamat bersama bagi melindungi nyawa dan kehidupan," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


KERAJAAN tidak mempunyai perancangan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh buat masa ini. - Kredit foto: Bernama

0
1
0
0
0
You will be interested