Alam & Sains 15 Feb, 2020

SEDIHNYA!! PETUGAS HOSPITAL PUN SAH COVID-19

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

 

PENULARAN wabak penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) yang berlarutan sejak sebulan lalu bukan sahaja meragut ribuan nyawa orang awam. Tapi turut terjejas adalah kakitangan hospital yang bertungkus lumus merawat dan menyelamatkan nyawa pesakit di hospital. : KitaReporters.com

PETUGAS hospital menjalankan pemeriksaan terhadap pesakit yang disahkan COVID-19. - Foto: NYpost.com


Memetik laporan South China Morning Post, situasi getir itu melibatkan kira-kira 500 petugas hospital di Wuhan, China yang sah dijangkiti COVID-19 sehingga penghujung Januari lalu.

Kebanyakan yang terlibat adalah terdiri daripada petugas di Hospital Wuhan Xiehe dan Hospital Renmin apabila masing-masing mencatatkan 100 kes dan 50 kes di Hospital Wuhan Nombor 1 serta Hospital Zhongnan.

Keadaan berkenaan menyebabkan banyak hospital di republik berkenaan mengalami kekurangan kakitangan, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pasukan perubatan di negara tersebut.

Seorang doktor di hospital utama di Wuhan memberitahu, banyak kakitangannya sedih apabila melihat Imbasan Tomografi Berkomputer (CAT) rakan-rakan yang dijangkiti COVID-19.

Sehubungan itu, pegawai perubatan yang tidak ingin dikenali itu merayu sumbangan derma barangan keperluan perubatan terutama Hazmat, sut bahan berbahaya.

Katanya, buat masa ini tempat yang digunakan kuarantin petugas juga sudah penuh berikutan terlalu ramai petugas yang sakit.

WALAUPUN menggunakan pakaian pelindung khas, Hazmat, namun petugas masih terdedah dengan bahaya virus berkenaan. - Foto Reuters


"Terlalu ramai rakan kami yang jatuh sakit kerana tiada perlindungan sepenuhnya," katanya.

Setakat Jumaat, 14 Februari 2020, sebanyak lebih 64,466 kes yang dilaporkan di seluruh dunia  dengan 1,384 kematian.

Bagaimanapun daripada jumlah berkenaan 6,766 pesakit dilaporkan telah sembuh, namun jumlah kes baharu sentiasa merekodkan peningkatan. - KitaReporter.Com

Laporan berkenaan COVID-19 boleh diikuti di https://kitareporters.com/coronavirus

2
2
24
0
1
You will be interested