Alam Canggih 04 May, 2021

Berita Terkini| Selangor perlu laksanakan PKP - MB! Hospital sudah capai kapasiti lebih 70%!

Share this

PELAKSANAAN PKP di Selangor perlu berikutan beberapa hospital di negeri ini mencapai kapasiti lebih 70 peratus. - Kredit Foto Awani


SELANGOR mengakui keperluan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini dalam usaha mengurangkan jumlah kes Covid-19.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dua sebab utama pelaksanaan itu perlu dilakukan ialah termasuk beberapa hospital di Selangor telah mencapai kapasiti menampung pesakit Covid-19 sehingga lebih 70 peratus.

“Faktor kedua pula, kita dapati ada individu positif Covid-19 tidak kuarantin di rumah dan telah pergi ke tempat awam.

“Bagaimanapun, kita berharap sekiranya PKP dilaksanakan tidak melibatkan secara total seperti PKP 1.0 sehingga menutup sektor ekonomi memandangkan Selangor merupakan pusat ekonomi utama Malaysia,” katanya di Shah Alam pada Selasa, 4 Mei 2021.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) antara kerajaan Selangor dengan Open University Malaysia (OUM) di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Semalam, 3 Mei 2021, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 637 kes.  

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak 541 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti Kelantan sebanyak 401 kes dan Sarawak sebanyak 356 kes.

Sebanyak tujuh (7) kes (0.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di pusat tahanan iaitu Kluster Jalan Meru Utama. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Amirudin berharap sekiranya PKP dilaksanakan tidak  seperti PKP 1.0 sehingga menutup sektor ekonomi memandangkan Selangor merupakan pusat ekonomi utama Malaysia.

 

You will be interested

Berita Terkini| Arab Saudi jangka benarkan ibadat haji 1442H! Tapi dengan syarat khas, ketat!

Arab Saudi dijangka benarkan ibadat haji tahun 1442H/2021M tetapi dengan beberapa syarat khas, ketat bagi lindungi jemaah daripada penularan pandemik Covid-19

Berita Terkini| Penggunaan katil ICU di hospital Pulau Pinang capai 100%! Bukan ICU lebih 70%!

Penggunaan katil Covid-19 di wad ICU di Pulau Pinang telah capai 100% manakala bagi bukan ICU melebihi 70%. Catat 1,682 kes Covid-19 pada 2 hingga 8 Mei 2021
News Editor 1 in Alam Canggih 9 hours ago

Berita Terkini| PKP 3.0: Moratarium tak dilaksanakan - BNM! Tapi bank tawar bantuan pembayaran!

Moratarium menyeluruh secara automatik tidak dilaksanakan dalam tempoh pelaksanaan PKPK ketiga (PKP 3.0) ini tapi bank akan terus tawarkan bantuan bayaran balik
News Editor 1 in Alam Canggih 9 hours ago

Polis Terengganu sediakan 150 pasukan, 1,000 petugas! Bagi pantau SJR dan sambutan Aidilfitri!

Polis Terengganu tambah pasukan pemantau kepada 150 berbanding 135 sebelum ini, babitkan 1,000 petugas termasuk polis, tentera, RELA bagi pantau rentas negeri
Mohammad Ishak in Alam Canggih 1 day ago

Berita Terkini| Kerajaan laksana PKP seluruh negara sekali lagi! PKP 3.0! 12 Mei - 7 Jun 2021!

Kerajaan putuskan untuk laksanakan PKP di seluruh negara sekali lagi mulai 12 Mei hingga 7 Jun 2021 ekoran trend peningkatan kes harian Covid-19 yang bertambah
News Editor 1 in Alam Canggih 1 day ago