Seni & Sukan 17 Jun, 2021

Berita Terkini| Kantoi! Curi pakaian dalam jiran di ampaian di kondo! Lelaki direman 4 hari!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

SEBAHAGIAN pakaian dalam yang dicuri oleh suspek menggunakan sebatang kayu yang diubah suai. - Kredit Foto Harian Metro.


TINDAKAN seorang pemuda yang gemar mencuri pakaian wanita termasuk pakaian dalam di ampaian rumah jiran di sebuah kondominium bandar Sunway di Petaling Jaya akhirnya terbongkar selepas ditahan oleh polis, pada Selasa, 15 Jun 2021.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di rumahnya sejurus menerima laporan dibuat oleh mangsa.

Wanita berusia 35 tahun itu menyedari pakaiannya hilang sejak kebelakangan ini dipercayai dicuri.

"Pada hari kejadian jam 10.30 pagi, dia melihat seorang lelaki berlegar-legar di kawasan lif dan mengesyaki lelaki itu terbabit dengan kehilangan pakaian miliknya sebelum ini.

"Dia kemudian memaklumkan kejadian kepada suami sebelum melaporkan kepada pihak pengurusan kondominium. Mereka berjumpa suspek dan lelaki itu mengakui mencuri pakaian wanita lalu menunjukkan tempat simpanan pakaian terbabit di dalam bilik tidur rumahnya," katanya seperti dipetik Harian Metro pada Khamis, 17 Jun 2021.

Mohamad Fakhruddin berkata, polis turut merampas 58 pakaian wanita dan sebatang kayu yang sudah diubah suai dipercayai digunakan untuk mencuri pakaian berkenaan.

Suspek kini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

5
0
1
4
2
You will be interested