Sukan 17 Nov, 2019

'SPIDER-WOMAN' BANGKIT SELEPAS PATAH KAKI

@sahbulah mohamad darwi
Pernah berkhidmat selama 13 tahun dengan akhbar arus perdana tempatan sebagai wartawan dan Ketua Biro. Kini bertugas sebagai pengurus dalam bidang industri media.

Share this
WALAUPUN pernah terjatuh ketika memanjat dinding hingga mengalami patah kaki, namun ia tidak melunturkan semangat Wan Atirah Hidayah Ahmad Fauzi, untuk terus gigih berusaha hingga menempa kejayaan dalam sukan lasak berkenaan. : KitaReporters.com

Wan Atirah Hidayah mempamerkan skill memanjat dalam sukan lasak itu.


Buktinya, pelajar Fakulti Pengurusan (FOM), Universiti Multimedia (MMU) itu telah muncul juara dalam Kejohanan Sukan Mendaki Kebangsaan 2019 baru-baru ini bagi kategori Speed (Wanita), Terbuka Nasional dan juga Tempat Kedua dalam kategori Speed (wanita) Inter-State dan Tempat Ketiga dalam kategori Boulder (wanita), Terbuka Nasional.

Wan Atirah Hidayah, 23, yang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata, beliau tidak menjangka meraih kemenangan kerana saingan daripada peserta yang merupakan atlet-atlet kebangsaan adalah sangat sengit. 

“Saya pernah bertanding dengan mereka sebelum ini dan ini merupakan kali pertama saya berjaya mengalahkan mereka,” katanya.

Beliau adalah salah seorang daripada empat pelajar MMU yang mewakili negeri masing-masing dan berjaya merangkul kejuaraan dan kemenangan dalam Kejohanan Sukan Mendaki Kebangsaan 2019 anjuran Kementerian Belia dan Sukan itu yang diadakan di Pusat Beli Belah Velocity,  Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Kejohanan tersebut disertai 150 atlet yang mewakili negeri, persatuan dan kelab sukan dari seluruh negara. 

Wan Atirah Hidayah meraikan kejayaannya selepas diumumkan Juara bagi kategori wanita dalam Kejohanan Sukan Mendaki Kebangsaan 2019 , baru-baru ini.


Menurut Wan Atirah Hidayah, kunci kejayaan semasa pertandingan tersebut ialah beliau berjaya mengatasi perasaan takut jatuh atau ‘myfear of falling’ untuk lebih tangkas menamatkan perlawanan.

Katanya, perasaan berkenaan jika tidak diatasi akan menjejaskan tumpuan dan ia juga telah mengakibatkan dia terjatuh dan patah kaki semasa beraksi pada dua tahun lepas.

Kemalangan itu menjadi pembakar semangat kepadanya, dan apabila telah pulih, beliau berjaya memenangi tempat pertama bagi kategori Novis dalam pertandingan antarabangsa pada awal tahun ini di Singapura, iaitu SMU Gravical 2019.



Mengenai penglibatan wanita dalam sukan memanjat, Wan Atirah Hidayah mengakui sukan lasak itu masih baharu dalam kalangan wanita di Malaysia dan sebab itu wanita agak kurang menceburinya.

“Saya meminati sukan ini antaranya setelah melihat pelajar senior MMU yang merupakan pemanjat wanita telah memberi inspirasi saya untuk menceburinya sejak mula memasuki MMU pada tahun 2016.

“Selain itu, keluarga saya juga sentiasa memberi pendedahan kepada saya terhadap sukan lasak seperti ini,” katanya.

Pelajar-pelajar MMU bergambar selepas majlis penyampaian hadiah.


Sementara itu, pelajar MMU lain, Ku Muhammad Faridhwan Ku Aziz, dari Fakulti Komputer dan Informatik (FCI), yang mewakili Wilayah Persekutuan, diumumkan sebagai Juara dalam Boulder (lelaki) Inter-State and Tempat Kedua dalam Boulder (men) Terbuka Nasional dalam kejohanan berkenaan.

Selain itu, Fatin Afifah Azman, pelajar FOM yang mewakili Selangor memenangi tempat kelima dalam Speed (wanita), kategori Inter-State, manakala Azmi Zahari, dari Fakulti Kejuruteraan (FOE) yang mewakili Melaka, meraih tempat kelapan dalam Boulder (men), kategori Inter-State.

Selain daripada mereka, seramai empat lagi pelajar MMU turut menyertai kejohanan berkenaan. Mereka ialah Thenuel Teli (FOE) yang mewakili Sarawak; Mohd. Syafiq Alipah (FCI, Melaka), Muhammad Arham Zairol Akmar (FCI, Kuala Lumpur) and Iffa Dania Ibrahim (FOM, Kuala Lumpur)

Presiden MMU, Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Rafi Mohamed Eshaq, yang melahirkan kegembiraan dengan kejayaan itu berkata, ia adalah refleksi kepada keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan sukan oleh para pelajar MMU. 

“Sejak MMU ditubuhkan, pelajar-pelajar kami telah meraih pelbagai anugerah dan kejayaan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa, maka ini adalah satu lagi kejayaan yang membanggakan,” jelasnya.

You will be interested

'SUPER MARIO' BUAT HAL!! ROSAKKAN KAMERA

Ketika berjalan keluar, Mario Balotelli melepaskan geramnya apabila memukul dengan kuat kamera yang diletakkan di atas tripod di tepi padang.

Ahmad Shazwan Md Yusof in Sukan 9 months ago

KERANA FUTSAL, 600 ALUMNI UUM BERKUMPUL

KARNIVAL Futsal Alumni UUM 2019 di Uptown Sport Bangi, Selangor pada hari Sabtu (17/11/2019) yang lalu mengumpulkan seramai lebih 600 mantan pelajar.
Editor Satu in Sukan 8 months ago

SNBJ FULL HOUSE! AWASI LAMBAKAN PENYOKONG

Malam esok (19/11/2019), dianggarkan sekitar 85,000 penyokong bakal membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kuota hanya 2,500 tiket diperuntukkan buat penyokong Indonesia.
Ahmad Shazwan Md Yusof in Sukan 8 months ago

AL-SULTAN ABDULLAH JADI PENAUNG DIRAJA SAM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah mengampuni perkenan untuk menjadi Penaung Diraja SAM
Editor Satu in Sukan 8 months ago

[VIDEO] AHLI FISIOTERAPI PUN KENA KAD KUNING

Ahmad Ibrahim Ahmad Jaafar yang bertugas sebagai ahli fisioterapi bagi FAM dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan
Mohd. Hazli Hassan in Sukan 8 months ago