SELALU orang-orang tua berkata, kalau sakit kepala jangan minum minuman sejuk atau aiskrim, nanti lagi sakit kepala. Nak pulak kalau sakit kepala kena makan ubat sakit kepala. : KitaReporters.com
AIS KRIM - Gambar Merdeka.com.
Lain pulak halnya yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia.
Ada pulak aiskrim berperisa paracetamol. Kebiasaannya paracetamol adalah ubat untuk menghilangkan sakit kepala.
Bunyinya pelik, akan tetapi itulah yang sedang tular dan popular laman sosial Twitter di Indonesia.
Rata-rata netizen berasa teruja dengan perisa terbaharu aiskrim tersebut dan tidak kurang pula yang mempersoalkan akan rasanya.
BERIKUT adalah ciapan dari Twitter @FOODFESS2 yang tular.
Yalah mana tidaknya ubatkan selalu pahit, jika makan aiskrim tersebut mesti berasa pahit seperti ubat.
Pada label aiskrim tersebut turut terpapar tulisan Paracetamol HTP 500 miligram dengan paparan bawahnya tertulis 20 biji tablet, yang berkemungkinan merupakan bahan dan kuantiti tersebut digunakan dalam pembuatan aiskrim terbabit.
Mungkin selepas ini jika sakit kepala tidak perlu makan ubat paracetamol?
Hanya makan aiskrimnya sahaja. Ada sesiapa di Indonesia sudah cuba ke? - KitaReporters.com