GAGAL menjalankan perniagaan semasa bazar Ramadan tahun ini tidak melemahkan semangat untuk mencari sumber rezeki bagi menyara keluarga bagi seorang lepasan Pusat Latihan Belia Negara (PLBN) Pertak, Sazli Shafie, 54, di Sungai Petani, Kedah. : KitaReporters
Penduduk kampung mengambil bubur lambuk yang disumbangkan oleh penderma.
Pelajar lepasan PLB Peretak tahun 1987 jurusan masakan dan ketering, Sazli sebelum ini menjalankan perniagaan di bazar Ramadan setiap kali bulan puasa.
‘Saya dan rakan-rakan peniaga lain memahami dan mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang tidak membenarkan kami peniaga untuk menjalankan perniagaan akibat wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Tetapi ini tidak melemahkan semangat kami untuk meneruskan usaha mencari rezeki dengan mengambil upah menyediakan bubur lambuk secara online dari rumah," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Pengguna motosikal juga mendapatkan bubur lambuk yang disediakan oleh Sazli.
Sazli yang berasal dari Kampung Melayu Ampang, Selangor mengunakan resepi bubur lambuk Kampung Baru dan penambahan bahan lain termasuk tulang lembu selain daripada bahan-bahan lain yang digunakan.
Bapa kepada tiga anak dan isteri yang juga lepasan PLBN Norzah Ismail, 52, dalam jurusan yang sama menyediakan bubur lambuk yang dimasak di rumah mereka bersama seorang pembantu lain.
Bubur lambuk yang ditempah oleh penduduk dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) ini dikenakan bayaran RM600 untuk seperiuk atau untuk 650 bungkus.
Mereka yang berminat untuk buat tempahan bubur lambuk ini boleh menghubunginya melalui talian 0164138366 untuk keterangan lanjut.
Penduduk juga membantu sediakan bubur lambuk dalam bekas untuk pengagihan.
Dalam pada itu, Sazli juga menerima sumbangan wang untuk membeli barangan keperluan harian untuk diagihkan kepada penduduk yang memerlukan sumbangan terutama pada masa PKP dan bulan puasa ini.
"Beramal sambil menjalankan perniagaan terutama pada bulan puasa ini diharap dapat membantu saya dan keluarga juga, selain daripada menyediakan bubur lambuk yang menjadi makanan tradisi setiap kali Ramadan," sambung Sazli lagi. - KitaReporters
Bubur lambuk dengan adunan tulang lembu.