Selera & Santai 11 May, 2021

Terbaiklah AJK Surau Kampung Pengkalan Pandan Luar, Chukai! Agih-agihkan juadah berbuka puasa!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Petugas barisan hadapan turut menerima sumbangan juadah berbuka puasa


INISIATIF yang dilakukan oleh ahli Jawatankuasa masjid dan surau dengan menyediakan juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan adalah satu usaha terpuji dan menjadi amalan mula terutama untuk membantu komuniti yang memerlukan makanan ketika berbuka puasa. 

Surau Kampung Pengkalan Pandan Luar, Chukai, Kemaman, Terengganu antara contoh terbaik dengan menyediakan kira-kira 100 bungkusan makanan pada setiap hari sepanjang Ramadan kepada penduduk untuk berbuka puasa.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan juadah berbuka puasa

Dr Zulkifli Awang


Timbalan Pengerusi penganjur program itu, Wahed Jusoh berkata, program yang diilhamkan oleh Pengerusi Program, Dr. Zulkifli Awang itu mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat. 

Katanya, program tersebut diceuskan pada mesyuarat ahli jawatankuasa  surau setelah mengambil kira kesusahan masyarakat dalam situasi ekonomi sekarang. Pembahagian makanan terbuka kepada semua dan diberikan secara percuma.

"Pada awalnya, pihak kami hanya menyediakan kira-kira 40 bungkusan makanan sahaja tetapi memandangkan sambutan yang baik daripada orang ramai, kami terpaksa menambah bilangan makanan itu sehingga 100 bungkus sehari," katanya.


Bungkusan juadah berbuka puasa untuk diagihkan kepada orang ramai.


Menurutnya, waktu pembahagian juadah berbuka puasa itu bermula hanya 15 minit iaitu 5.15 hingga 5.30 petang.

Katanya, kebiasaanya orang ramai akan berkumpul lebih awal untuk mendapatkan makanan itu dan jumlahnya, insya-Allah mencukupi setakat ini.

"Antara juadah itu ialah nasi beriani, nasi arab, ayam pusing, kambing bakar dan lain-lain" katanya.


Orang ramai beratur mengikut giliran untuk mengambil juadah berbuka puasa


Wahed berkata, dana untuk menyediakan makanan ini adalah hasil sumbangan orang ramai yang dikumpul khusus untuk program ini dan penyediaan moreh. 

Katanya, selain wang sumbangan pelbagai pihak, pihak surau juga menerima sumbangan makanan yang sudah siap untuk diagihkan oleh beberapa pengusaha makanan sekitar bandar Chukai dan daripada individu-individu baik hati.


Wahed (kiri) menyampaikan bungkusan makanan kepada seorang penduduk.


"Terima kasih tidak terhingga kepada penyumbang kewangan dan makanan, usaha ini tidak akan berjaya tanpa bantuan mereka.

"Terima kasih juga kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa (AJK) surau Pengkalan Pandan Luar serta penduduk setempat," katanya. - KitaReporters


Bungkusan makanan untuk diagihkan kepada orang ramai.

4
1
0
0
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 4 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago