Selera & Santai 27 Mar, 2020

TERBAIK UUM!! SEDIAKAN MAKANAN BAGI PELAJAR

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) mengagihkan lebih 5,300 bungkus nasi kepada pelajar yang tinggal dalam kampus ini. Makan tengah hari itu disediakan oleh pihak UUM untuk semua pelajar dan petugas keselamatan universiti ini. : KitaReporters


Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof Madya Dr Hendrik Lamsali bersama Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar, baru-baru ini, meninjau sendiri pengagihan makan tengah hari di semua Inapan Siswa (Inasis) yang dipantau oleh Pengetua masing-masing.

"Naib Canselor UUM Prof Dato' Dr Ahmad Bashawir Abd Ghani telah mengarahkan pengagihan makanan kepada semua pelajar di kampus.

"Keputusan ini dibuat setelah Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan akan menanggung perbelanjaan makanan semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang tidak dapat pulang ke rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini," katanya ketika ditemui.



Katanya, sebelum ini juga UUM telah mengedarkan makanan kering antaranya pelbagai jenis biskut, gula, milo, susu dan pelbagai lagi makanan ringan kepada mahasiswa di kampusnya.

Tinjauan sekitar Inasis juga memperlihatkan pelajar selesa dan menghargai keprihatinan pihak kerajaan, universiti dan penyumbang dari seluruh rakyat Malaysia.


Dalam pada itu, Dr Hendrik juga berharap ibu bapa dan keluarga terus memberi kepercayaan kepada pihak pengurusan UUM untuk menjaga anak-anak mereka.

Sementara itu, rata-rata pelajar yang ditemui berharap ibu bapa mereka tenang dan tidak panik kerana pihak universiti sentiasa mengambil langkah proaktif termasuk mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memerangi Covid-19. - KitaReporters


5
1
0
0
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago