Selera & Santai 02 Nov, 2022

Demi keluarga Zahabah berhenti kerja! Kini usahawan sejuk beku berjaya!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel: normalahamzah251@gmail.com

Share this

Antara kuih sejuk beku air tahnagan Zabahah Abu Hassan. Ada cucur badak, karipap daging, lepat pisang dan donut.


Rezeki Allah ada di mana-mana. Yang penting doa, usaha, ikhtiar dan tawakal (DUIT). 

Kerana utamakan keluarga dia sanggup berhenti kerja asalkan sentiasa bersama mereka. Yakin rezeki daripada Allah dia pulang ke kampung untuk memulakan hidup baharu bersama orang tersayang. 
Itu cerita 30 tahun lalu. Sekarang keadaan sudah berubah. Yakin dengan ketentuan Allah dia bersyukur dengan nikmat rezeki yang diatur Allah untuknya dan keluarga. 

Zahabah Abu Hasan


 "Saya nekad berhenti kerja sebagai typesetter di syarikat Utusan Melayu pada 1990 kerana tidak tahan rindukan keluarga dan penat berulang-alik Kuala Lumpur Penang setiap minggu," kata Zahabah Abu Hasan, 62, yang mula bertugas di Utusan Melayu Pulau Pinang pada 1982.

Anak jati Kampung Bagan Belat, Telok Air Tawar ini hanya bertahan bekerja selama 6 bulan setelah dipindahkan ke Ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di Kuala Lumpur kerana cawangan Utusan di Pulau Pinang ditutup. 
Pada 1991, Zahabah mengambil keputusan berhenti kerja dan balik ke kampung untuk bersama keluarga. 

Di kampung Zahabah tidak duduk diam. Kuih muih menjadi pilihannya untuk memulakan perniagaan bagi membantu meringankan beban suami. 

"Saya mula berniaga kecil-kecilan menjual kuih yang diletakkan di gerai dan kedai kopi sekitar tempat tinggal saya. Alhamdulillah, perubahan yang sangat menggembirakan bagi saya setelah tidak lagi berkerja. 
"Pada masa sama saya dan kawan-kawan suri rumah juga belajar membuat roti hasil bantuan YB Rokiah Bee yang ketika itu sangat prihatin membantu suri rumah menambah pendapatan," tambah Zahabah. 

Suami Zabahah menjadi tulang belakang perniagaannya.


Bermula dari sebuah bengkel di Jalan Sungai Abdul Pekan Baru, Telok Air Tawar, Zahabah dan sekumpulan suri rumah berkumpul membuat roti dan kuih untuk menambah pendapatan. 
Menurut Zahabah lagi, roti yang mereka hasilkan dihantar ke sekolah-sekolah sekitar kawasan Telok Air Tawar selama hampir lima tahun sekitar 90-an atas inisiatif YB Rokiah Bee juga. 
Bertolak dari situ minat Zahabah dalam perniagaan semakin menyerlah. Tambahan pula suaminya Aziz Man, 69, memberi sokongan penuh. 
"Setelah beberapa tahun, kawan kawan yang bersama saya mengusahakan roti ramai yang mengundur diri kerana  tanggungjawab terhadap keluarga. 
"Setelah berbincang dengan suami, kami membuat keputusan meneruskan perniagaan ini sendiri. Tetapi kami memilih kuih sejuk beku," ujar Zahabah lagi. 

Kawan-kawan yang turut membantu.


Bermodal RM1,000 Zahabah meneruskan perniagaan sehingga berjaya seperti sekarang. 
Ibu kepada tiga orang anak dan seorang cucu ini sangat komited dengan minatnya  membuat kuih-kuih tradisional. 
Setakat ini, Zahabah membuat kuih koci labu, donat, lepat pisang, karipap daging lada, cucur badak, kuih kacang dan lain-lain lagi dan beroperasi di tempat yang  dia mula membuat kuih dan roti bersama rakan-rakan sekampungnya lebih kurang 30 tahun lalu. 

Dengan bantuan beberapa kawan yang bertindak sebagai pekerja mereka dapat menyediakan 500 kuih tiap-tiap satu sehari kecuali karipap daging lada yang hanya 200 atau 300 sehari
"Saya bersyukur dengan rezeki yamg Allah atur untuk saya dan keluarga. Tidak mewah tapi sentiasa ada," jelas Zahabah yang turut menerima tempahan makanan untuk majlis tahlil dan doa selamat setiap Khamis malam Jumaat. 
"Saya bersyukur walaupun tidak menggunakan promosi atau pembungkusan menarik kuih muih sejuk beku saya tetap menjadi pilihan. 

"Pada saya kualiti dan kesedapan yang paling utama. Lagipun ia membabitkan kos. Lebih baik berjimat dan tumpukan perhatian pada yang perlu, " sambung wanita gigih ini. 


Ruang dapur tempat membuat kuih


Menurut Zahabah, dia sangat berhati-hati dalam perbelanjaan memandangkan harga barang telah naik. Bekalan pisang, buah labu, daun pisang dan lain-lain mesti sentiasa ada. 
"Syukur kerana kami ada pembekal yang boleh diharap. Semua urusan membeli dan mencari barang suami yang buat. Jadi saya menumpukan perhatian pada kerja menyiapkan kuih supaya stok sentiasa cukup," ujar Zahabah. 
Kuih sejuk beku air tangan Zahabah turut mendapat  sokongan daripada para peniaga tempatan juga daripada penduduk sekitar Telok Air Tawar. 
Mereka yang berhajat boleh datang ke bengkel sejuk beku Zahabah di 36, Jalan Sungai Abdul, Taman Melati atau telefon 019 5486717 untuk tempahan. - KitaReporters

16
7
0
14
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago